Bunyi macam materialistik...tapi inilah hakikatnya...sanggup ke hidup mengharap bantuan orang, sanggup ke hidup menerima sedekah orang, sanggup ke hidup merayu-rayu dengan orang...yea..mungkin tidak sekarang tapi tak mustahil satu hari nanti benda macam ni terjadi pada kita kalau kita hanya sekadar pergi kerja balik kerja..gaji tetap sama tiap-tiap bulan, hujung bulan habis takde simpanan, kalau hidup solo mungkin ok lagi tapi kalau dah berkeluarga??? perbelanjaan semakin bertambah dari hari ke hari..."
Panjang lebarkan mukadimah eima....hehehehehe...sebab eima tak nak korang jadi macam eima..dulu eima tak kisah sangat pasal duit...duit gaji bagi mak sikit, pastu leh shopping sikit..ok laa kan..kalau gaji naik eima naikkan sikit duit bagi kat mak...naik pun tambah RM50 jek..hahhahaa..tapi dah namanya "MAK"...tak kisah pun anak bagi berapa kan...tapi beberapa tahun lepas masa hari raya eima dapat bonus 3 bulan gaji...eima excited gilesss, eima bagi mak abah sorang RM1000....mak dengan abah boleh pulang balik duit tu siap cakap eima tersalah bagi angpau raya...hahahahahaha...kelakar dan sentap...nampak sangatkan tak pernah bagi mak abah duit banyak...=(
Sejak dari hari tu eima selalu fikir camne nak tambah duit nak bagi kat mak dengan abah, nak beli hadiah, nak sediakan keperluan-keperluan time raya, nak bawak dorang pergi bercuti...sebab seronok tengok reaksi dorang...mesti dalam hati bangga dapat anak macam eima kan...hakhakhakhak..ok, eima perasan...=) yea..betul duit tak boleh beli kasih sayang tapi cuba tanya mak abah kat kampung tu bangga tak dorang kalau anak-anak bagi duit walau sekeping not jek...bangga tak anak-anak bawak pergi bercuti....bangga tak anak-anak belikan hadiah...kalau boleh nak kecoh satu kampung...serta merta segala pengorbanan mereka terbalas tau...selain dari tanya khabar, peluk cium semua tu..kadang-kadang mereka tak guna pun duit yang kita bagi...simpan lama ok...nampak tak betapa mereka menghargai pemberian anak-anak...
Bila eima dah ada anak, lagilah eima rasa yang duit tu amat-amat penting...eima dengan incik hubby kumpul duit sebab nak bersalin dekat hospital swasta, nak dapat layanan terbaik, checkup bulanan pun kat tempat yang sama...setiap kali checkup, bil tak jejak ratus-ratus tak sah...sebab nak bagi yang terbaik untuk anak yang bakal lahir...suara-suara sumbang bercakap-cakap dibelakang kami, sebab kami orang biasa, kerja biasa tapi pilih hospital mahal..pilih family room lagi...ok, pecah rahsia hari ni...kami kumpul duit dari awal lagi masa eima tahu eima mengandung...
Bila Humaira lahir, tetap juga nak bagi segala keperluan yang terbaik untuk dia...bagi pakaian elok-elok, makanan elok-elok, barang-barang mainan semua yang berjenama konon-konon sesuai untuk baby...bila Humaira dah pandai bercakap, dah pandai minta apa yang dia minat, eima tak sanggup nak kata tak..kadang-kadang kering hati kata tak boleh tapi incik hubby pulak kata yea..bila incik hubby kata tidak, eima pulak kata yea...macammana?? baju jenama...mainan jenama...makanan lagilah...sebab dia suka makan, malam-malam pun masih mintak hotdog, ayam goreng, kadang-kadang mintak "M" (McD)....minum air buah jek...2 minggu sekali eima mesti pergi beli stok makan untuk dia....
Belum lagi cerita bayar bil-bil yang tertunggak...bayar kereta...bayar rumah...bayar insuran...kalau buat senarai macam nak tergolek cat tengok perbelanjaan sebulan...semua tu keperluan dan wajib bayar...habis tu takkan takde hati nak shopping-shopping...mestilah nak kan...beli itu beli ini..tengok-tengok riban-riban habis...salah siapa?? salahkan diri sendiri....
Duit simpanan? Eima rajin simpan duit lebih-lebih lagi bab tabung duit syiling tapi eima rasa duit yang eima simpan tu tak pernah banyak...ye laaa...simpan pun bukan banyak mana...masa tu eima dah terfikir nak buat bisnes...seronok tengok orang kaya, ada duit, hidup mewah...nak berbisnes jugak tak kiralah bisnes apa...fikir bagai nak rak...macam-macam bisnes dalam kepala tapi hati eima tak kuat sebab eima takut gagal...eima takut give up...eima takut sebab eima takde pengalaman..
Tapi dah namanya rezeki kan...kita mintak petunjuk dan tuhan akan bukakan peluang di depan mata...samada nak teruskan atau tak terpulang pada diri kita sendiri...syukur alhamdulillah...eima tekad dan teruskan perjuangan eima...nasib baik incik hubby bagi sokongan 100% dekat eima..sebab tu eima buat bisnes Premium Beautiful...apa kejayaan yang eima kecapi...? yea..eima masih baru lagi...baru 5 bulan buat bisnes tapi eima bangga dengan diri sendiri sebab tak sangka, malu nak bercakap, malu nak jumpa orang, malu nak cerita pasal bisnes tapi eima berjaya menapak satu anak tangga ke satu anak tangga...eima buat bisnes office hour masa free takde kerja eima update status pasal PB, sabtu ahad eima sibuk layan Humaira...bila customer nak jumpa ambil ukuran atau nak cuba PB, eima selalu jumpa hujung minggu sebab eima tak pandai drive...eima tunggu incik hubby free tolong hantarkan...tapi eima berjaya menjana income ribu-ribu setiap bulan, eima dah ada business partners sendiri yang sedia untuk dibimbing, dan eima qualified join company trip ke Guangzhou...Ya,,,Guangzhou je pun kan..takyah laa nak kecoh tapi satu kepuasan bila kita usaha kita dapat apa yang kita inginkan...pergi Guangzhou free, bawak diri jek..melancong 5 Star...nak apa lagi???
Tak ada apalah yang mustahil dalam dunia ni...tapi ingat kita kena berbalik pada Yang Esa...tak ada apa juga yang mustahil sekiranya usaha kita tak membuahkan hasil jika kita berpaling padaNya...Selami diri tanya hati apa yang kita mahu dalam hidup ini...kalau mahu rasai apa yang eima rasa sekarang...insya Allah eima sedia berkongsi pengalaman yang tak seberapa ni...=)
"Semua orang mesti pernah terfikir untuk buat bisnes atau erti kata lain berniaga/bekerja sendiri kan....tak mustahil ada jugak yang pernah mulakan bisnes tapi kecundang di tengah jalan...Kenapa ramai yang suka libatkan diri dalam bisnes?? Banyak sebabnya tapi yang paling utama mestilah kita perlukan kehidupan yang lebih stabil dengan kedudukan kewangan yang kukuh kan...tak perlu mengharap dari orang lain...tak perlu tunggu gaji dari bos tiap-tiap bulan..Betul tak??
Semua orang ada sebab sendiri kenapa berbisnes, walau apa pun sebabnya tapi kita semua tahu yg mereka-mereka dalam bisnes ni tak kiralah bisnes apa even jual goreng pisang kat tepi jalan pun yang penting hati kena cekal, semangat kena kuat...kena rajin bekerja...sebabnya jatuh bangun atas usaha sendiri...kalau jatuh lingkuplah bisnes, kalau berdiri teguh majulah ia...Bunyi macam mudah kan...tapi setiap kejayaan itu perlukan pengorbanan...rezeki takkan datang bergolek-golek di kaki kalau kita tak cari...
Memang betul duit bukan segala-galanya tapi kita semua sedar segala-galanya perlukan duit...orang yang berharta dipandang tinggi masyarakat apatah lagi kalau dia tidak sombong dan bongkak dengan kekayaannya, tidak hanya mendongak ke langit, memandang mereka yang berada dibawah...memberi kepada yang memerlukan, berhemah tinggi...tidakkah kita berangan-angan untuk menjadi seperti ini??? "
Semua orang ada sebab sendiri kenapa berbisnes, walau apa pun sebabnya tapi kita semua tahu yg mereka-mereka dalam bisnes ni tak kiralah bisnes apa even jual goreng pisang kat tepi jalan pun yang penting hati kena cekal, semangat kena kuat...kena rajin bekerja...sebabnya jatuh bangun atas usaha sendiri...kalau jatuh lingkuplah bisnes, kalau berdiri teguh majulah ia...Bunyi macam mudah kan...tapi setiap kejayaan itu perlukan pengorbanan...rezeki takkan datang bergolek-golek di kaki kalau kita tak cari...
Memang betul duit bukan segala-galanya tapi kita semua sedar segala-galanya perlukan duit...orang yang berharta dipandang tinggi masyarakat apatah lagi kalau dia tidak sombong dan bongkak dengan kekayaannya, tidak hanya mendongak ke langit, memandang mereka yang berada dibawah...memberi kepada yang memerlukan, berhemah tinggi...tidakkah kita berangan-angan untuk menjadi seperti ini??? "
No comments:
Post a Comment