Monday, June 4, 2012

Ganu Kite...tak jumpa kedai makan dihari jumaat

Minggu lepas hari Khamis malam kami bertolak dari KL ke Terengganu...kenduri kahwin sepupu belah incik somi berlangsung hari jumaat..macam tak biasa pulak pergi kenduri hari jumaat kan..tapi orang-orang Ganu mesti dah biasa...

Oleh sebab tak biasa dengan jalan, incik somi kata keluar awal laa lepas Isyak dalam pukul 9...jangkaan sampai pukul 2, 3 pagi...tapi meleset sama sekali sebab pukul 6 pagi baru kami sampai...dengan hujan lebat, dengan berhenti rehat berkali-kali, dengan lepak sambil tidur....9 jam jugak laaa perjalanan kami...sakit tulang belakang mak buyung...nasib baik Humaira tidur je sepanjang jalan...sambil pangku Humaira sambil mata melilau kat jalan...konon-konon teman incik somi..tapi lastly terpejam jugak anak mataku yang comel iteww...

Sesampai je destinasi yang dituju iaitu Marang, terus call sepupu mintak hantar ke homestay...


Kalau nampak incik sotong dengan incik udang ni memang confirm dah sampai laa tu...

Kami solat subuh dulu pastu perut dah berbunyi lapar...terus ajak incik somi pergi beli bekfes...incik somi tanya nak beli dekat mana sebab tak biasa dengan kawasan kan..dengan confident je eima cakap cari je tepi jalan mesti ramai yang jual sarapan pagi-pagi ni...sekali tilikan mak nujum tersilap daaaa.....kawasan sekeliling senyap sunyi..tak nampak sorang pun bukak kedai apatah lagi yang bukak payung tepi-tepi jalan...ok, baru tersedar hari jumaat orang cuti...tapi gagahkan jugak drive sampai ke hujung...pastu eima nampak masjid, cakap kat incik somi drive pelan-pelan sebab biasa orang meniaga dekat-dekat dengan masjid...Alhamdulillah, nampak kedai makan bukak dan penuh dengan pakcik berkopiah dan makcik bertelekung...

Bukan main seronok kami..hahahahahhaa..macam jakun kan...pastu eima suruh incik somi jek yang keluar sebab eima tak faham loghat ganu ni...incik somi keluar, beberapa minit dia datang balik..katanya, "Sayang, nasi dagang dengan ikan tongkol nak tak??" Alamak!!!! takde pilihan ke? roti canai ke??? gelak besar incik somi...sebab yang jual nasi lemak, nasi dagang dengan kuih muih jek..nak roti canai balik KL okeyyy....so, sambar je laa nasi lemak 10 bungkus, ayam masak merah 10 ketul sebab nasi lemak takde sambal, timun, ikan bilis semua tu...memang macam tu ke? or kat kedai tu je yang lain macam sikit??? kuih pulak dah siap bungkus 3 ketul sebungkus...ambil laa dalam 4 bungkus..semua sekali RM47....

Rasa dia pada eima ok jek..sebab eima rasa manis dalam ayam masak merah tu...bapak mertua eima kata sedap...tak pedas sangat..okey...tekak masing-masing...=)

Eima perasan yang dorang bukak kedai lepas solat Jumaat...itu pun berapa kerat jek...tak penuh pun sepanjang jalan tu...pengalaman baru buat Eima..dulu pernah gak pergi Terengganu tapi tak pernah berlaku kejadian begini...hahahahahhaa...

2 comments:

  1. pernash gak ke terengganu, tapi xpernah pergi hari jumaat..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...sama laa...tu yg terkujat first time sampai hari jumaat..mcm weird n jakun sikit...=)

      Delete