Tuesday, March 6, 2012

Taktik Lelaki Mengurat

Lunch hour...Cafe D'One...


Dari jauh mamat ni pandang jek..okey, dia memang kacak bergaya...dengan kemeja belang-belangnya, rambut tersisir rapi...duduk ala-ala gaya lelaki maskulin...yes, perfect...Dia memberikan senyuman dan salam...Orang beri salam kena jawab.."Waalaikumussalam"...


Macam biasa masuk, tenung-tenung makanan, order dan beratur nak bayar...sambil-sambil tu mulut pot pet pot pet bertegur sapa dengan pekerja cafe...Entah berapa lama mamat ni berdiri kat sebelah...tahu-tahu dia tegur..


"Hai...kerja kat sini ke?"


terkedu sambil angguk-angguk kepala macam burung belatuk..


"Haah, iye..kerja dekat sini.."


"Tingkat berapa?"


Okey, dah tahu dia nak mengurat...


"Nama sape? saya Sham"...


Tanya nama je pun jawab je laa...


"Saya Eima", dalam hati kenapalah lambat sangat cashier ni kira...


"Dah kawin?" soalan yang paling best dalam dunia...


"Dah kawin, anak satu dah pun" walau mamat ni tak tanya tapi nak kata jugak saya ni isteri orang dah jadi mak orang dah pun, tak payahlah cucuk jarum...(dalam hati)..siap tunjuk jari telunjuk lagi nak bagi dia nampak dah ada anak satu..hehehehee...


Rasanya mamat ni dah kawin sebab dia menghormati seorang wanita yang dah berkahwin dan ada anak satu...Mamat ni terus berlalu keluar dari kawasan cafe...


Dugaan sekarang, bukan sahaja isteri kena hati-hati sebab suami cari yang lain...suami pun kena hati-hati takut isteri dibawa pergi lelaki lain...



No comments:

Post a Comment