Sunday, March 11, 2012

Tinggal Bawah Jambatan

Pagi-pagi dah sebak baca majalah Wanita Edisi 9-15 Mac.


Dalam kita berebut-rebut mengejar peluang untuk hidup selesa...opss..sekarang ni tak boleh dikata hidup selesa..kita kena hidup mewah kerana kos hidup semakin meningkat..kalau setakat selesa kita ibarat cukup makan cukup pakai..keperluan lain kita hanya tengok je laa..mampu ke nak pakai handfon canggih??mampu ke pakai gadget -gadget lain? kalau tak ada ketinggalan IT la jawabnya...mampu ke pasang internet dirumah?? mampu ke pakai astro? atau streamyx..atau unifi? itu baru cerita pasal internet..belum lagi bab insuran, berlambak-lambak pilihan insuran, yang murah, yang mahal..pilih aje..tiap-tiap bulan bayar..belum lagi cerita bab rumah, kereta, motor?? Kalau tak berusaha tak merasa semua ni...=(

Tapi cuba kita renung sekejap mereka-mereka yang tinggal bawah jambatan ni..dunia makin canggih, makin moden, tapi hidup mereka??terbiar melarat macam tu..sedih sangat-sangat rasanya..boleh bayangkan suasana atas jambatan tu mesti meriah dengan hiruk pikuk manusia, segala macam ragam dan suasana, semua dengan kehidupan masing-masing..dibawah jambatan pula ada kehidupan yang perlu diambil tahu dan diberi pertolongan...ini yang kita nampak..yang kita tak tahu atau yang lebih teruk dari ni..??Wallahualam...

2 comments: