Sunday, March 13, 2011

Rumah Baru

12.03.2011, kami berpindah ke tapak rumah baru kami..nothin spesel bout this house but we luv our new house..hikhikhik...Ada padang depan rumah, ada halaman untuk Humaira bermain...dekat dengan sekolah, dekat dengan kedai makan, ada pak guard, dan yg pastinya kakiku mula terasa lenguh2 kerana perlu naik tangga, kalau rumah lama kami boleh pilih antara naik lif atau tangga tp rumah baru ni naik tangga ye dik nun...

Syukur sangat2 kerana impian kami untuk memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai..

Kami akan mengadakan kenduri kesyukuran tak lama lagi..Insya Allah..

Sekarang ni hanya fikir cmne nak hias rumah cantik2..kehkehkeh..kopak la incik hubby lagi sekali...
Banyak idea dalam kepala ni, tapi hanya angan-angan ("ku suka lagu Raja Ema yg angan-angan tu")...nak buat itu, nak buat ini, sudahnya tak jadi apa-apa...

Kami masih lagi dalam proses mengemas rumah kami..tengah mencari sesiapa yg berminat untuk menjadi pembantu secara free..




Monday, March 7, 2011

Setahun Sebulan Pandai Sujud..Allahhuakbar...

Bagi setiap ibu bapa apatah lagi baru mempunyai seorang cahayamata,,perkembangan awal anak mereka adalah sesuatu yg menakjubkan...
Sangat ghairah pabila melihat anak2 kecil ini pandai meniarap, merangkak, berjalan, bercakap dsbnya...
Begitu juga kami yg sgt2 teruja melihat anak kami belajar sesuatu yg baru setiap hari..umpama hanya anak kami seorang shj yg pandai..hakhakhak..
Menurut doc, perkembangan Humaira sgt2 cepat berbanding kanak2 seusianya..
Yup..sgt2 setuju...
Kami merasainya sendiri..dan ingin kami kongsikan pabila dlm umur setahun sebulan ini Humaira dah pandai sujud seperti kami sembahyang...cuma diatas sejadah je ok..kalau suruh sujud di lantai dia buat tak tau jek...
Kejadian ini berlaku secara spontan dan xsempat untuk rakaman secara langsung atau tayangan perdana...
Ketika ku bersiap sedia untuk menunaikan solat maghrib, ku bentang sejadah dan Humaira berdiri diatas sejadah..Ku katakan padanya, "Ummi nk sembahyang syg..tepi sikit"..dia hanya berdiri seolah2 bersedia untuk mengangkat takbir..Kemudian ku katakan padanya lagi, "Humaira nk sembahyang ye..k sembahyang dulu..Allahuakbar.."tanpa kuduga, serta merta dia terus sujud..Ya Allah...betapa besarnya kuasa mu...
Ku xpercaya..ku buat ujian sekali lagi..bila ku sebut Allahuakbar dia sujud semula..Hampir2 ku terlupa untuk menunaikan tanggungjawabku...
Dengan rasa gembira "giler" ku ambil sejadah kecil dan ku bentangkan di depan incik hubby.."Humaira, tunjuk kat ayah cmne nak sujud..Allahuakbar...sekali lagi dia sujud di depan ayahnya..Incik hubby tercengang tanpa kata2..dan ku mengalirkan airmata tanpa ku duga...sayu hati kami melihat anak sekecil ini mengerti apa yg berlaku disekelilingnya..mengajar kami supaya lebih bersopan santun pabila dihadapan mereka..
Jom kita hayati video aksi2 Humaira yg sempat dirakam sepanjang minggu ini...





Wednesday, March 2, 2011

Hari Tengah Setiap Minggu

Macam poyo jek title dia kan...the answer is "RABU"...wheeeee...
Pagi tadi bangun kul 5.00 tp pejam mata balik...incik hubby disebelah da jeling2 mata takut ku terlelap dan terlewat dan lambat sampai tempat keje...
"Tingg.." dlm pejam2 mata memain terlelap gak..akhirnya jam 5.30 incik hubby da berbunyi..."sayang, da 5.30 da...huhuhuhu..."
Tapi mata ni memang degil..kehkehkeh..masih lagi pejam..5 minit pun jadi laaa..
sebenarnya kenapa ku malas untuk bangun kerana semalam balik keje ku da siap iron baju, ku da siap2 potong bahan2 tok buat bubur Humaira, jadi pagi ni ku xperlu kelam kabut menyingsing lengan atau kelam kabut memasak/iron baju sambil mendukung Humaira...
Anak gadis tecik itu sangat iri hati bile umminye melakukan keje rumah...
Tapi pagi ini gadis tecik itu sangat baik hati..jam 6.00 bangun tido selepas umminyeer selesai menyiram air ke badan (mandi)...
dan sangat baik lagi kerana tidak meng'ehek-ehek' (bunyi awalan "amaran" nangis) diwaktu pagi..
Bangun dan terus mengomel..Ayah dan Ummi berpandangan sambil ketawa...
Dan seperti pagi2 sebelumnya pelukan dan ucapan "gud morning" & "Assalamualaikum" untuk my little gurl...