Sunday, July 31, 2011

Gatal-Gatal @ Ekzema

Ekzema...sekali lagi ku ulangi perkataannya...(mood sedih : ( sgt2...)

Hari ini kita cerita mengenai ekzema terutamanya kepada anak-anak kita...

Kenapa ekzema?? 

sbb semalam doktor kata kemungkinan bb Humaira ada ekzema...ku benci lah perkataan ni..macam serius jek bunyinya...sebenarnya gatal kulit jek, tapi...ada tapi jugak kerana boleh dikatakan serius jika tempat-tempat yang gatal ini menjadi teruk semasa ia "meradang" atau "semarak". Kalau orang dewasa mungkin boleh bertahan daripada kegiatan menggaru tapi bagaimana dengan anak-anak kita yang kecil? kulit mereka yang putih suci dan gebu itu tiba-tiba menjadi merah, kemudian gatal, kemudian digaru dan merebak ke bahagian lain kemudian...kemudian..dan kemudian...tension sungguh diriku bile mengenangnya...

Seminggu lepas Humaira demam panas dan dibekalkan antibiotik dan ubat demam oleh doktor. Selepas 2 hari demamnya belum kebah dan semakin panas sehingga 39. Selama 1 tahun 6 bulan ni, Humaira hanya sekali betul betul demam, semasa chicken pox dulu. Biasanya bila terasa badan panas atau selsema, dia akan menyusu denganku sepanjang malam dan esoknya dia sihat sepeti biasa. Jadi, bila dia kena demam panas, kami amat risau dan kami pergi ke klinik sekali lagi, maka antibiotik ditukar...(nama dia "Augmentin").

Alkisah bermula selepas pertukaran antibiotik....

Kulit muka Humaira bertompok-tompok merah, dan for sure gatal..masa tu ingatkan badan dia panas dan cuaca pun panas, so biarkan sehari..esoknya makin bertambah banyak hingga ke badan. Kami pergi sekali lagi ke klinik yang sama dan doktor kata kemungkinan Humaira alergik antibiotik Augmentin. (antibiotik ini sangat baik tapi mungkin tak sesuai dengan dia)..so doktor suruh stop antibiotik dan ganti dengan ubat lain (ku tak ingat apa nama dia sbb ku hanya fikir muka Humaira jek)

# masa ni merah-merah baru muncul. masa ni Humaira dah baik demam

Ubat baru ni hanya untuk kulit dia kerana demam dia dah baik, cuma nak hilangkan merah-merah dan gatal pada kulit. Nampaknya ubat ni berkesan, gatal-gatal dan merah hampir menjauhkan diri dan kami pulang ke kampungku di Johor...

# dah ok kan muka dia...kalau tengok betul-betul nampak sikit-sikit je la...

Cerita sedih bermula lagi...

Kali ni lagi teruk, bukan hanya merah-merah malah bengkak sekali...kalau seminggu lepas dekat muka tapi minggu ni dia keluar dekat kaki...dan doktor kata mungkin alergi makan dan kemungkinan ekzema.

Aku tengah meng"survey" apa penyebab ekzema ni..apa yang patut / tak patut aku lakukan..update soon...

# ni yang dekat peha dia

# dekat kaki..ermmm...sedih...

# dekat muka kurang sikit berbanding seminggu lepas

# tangan pun teruk gak lah...

Sedihya bila melihat anak kecil sakit..dalam hati berkata biarlah sakit itu kita yang tanggung..serta merta teringat kisah-kisah yang selalu terpampang dalam akhbar, majalah tentang kanak-kanak yang sakit lagi teruk dari ni..Ya Allah, selamatkanlah mereka...

Thursday, July 28, 2011

Ramadhan Kembali Lagi

Hanya tinggal beberapa detik saja lagi kita semua akan menyambut bulan ramadhan penuh barakah...

Alhamdullillah tahun ini kita masih lagi bernafas untuk menjalani ibadah puasa dan berniatlah awal2 didalam hati kita supaya puasa kita diterima olehNya dan terhapus segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan samada besar @ kecil, berdoalah supaya kita diberi kesihatan yg baik sepanjang bulan puasa ini supaya mudah untuk kita melakukan ibadah kepadaNya...

Kalau sebut sahaja bulan puasa apa yg terlintas dalam fikiran kita?...

tak payah cerita fikiran orang lain laa..ku cerita apa yg ada dalam fikiranku...perkara standard yg selalu ku fikir...

1. bulan puasa dah dekat, tahun ni baju raya tema ape ekkk? (tengok tu tema ape yang difikir)

2. beli baju raya cepat2 laa..takut takde orang nak jahit nanti...(walhal tak fikir pun takpe sbb baju ready to wear pun ada, tapi gatal nak bertema bagai pastu nak sedondon..ekekekeke)

3. langsir raya kena tempah sebulan awal ni...

4. nak beli bunga baru, pinggan mangkuk baru, tempat kuih baru, alas meja baru (ni untuk masa open house)...

5. perabot rumah pulak??ermm..kalau takde budget sangat tukar karpet pun ok laaa...

6.dapat duit bonus lagi...yahooooooo......

7. kuih raya!!!!! bape jenis nak beli tahun ni??? nak beli untuk mak, mak mertua, diri sendiri....

8. nak gi jalan tuanku abdul rahman...cuci mata tengok2 apa yg boleh ditambah2 nanti...etc..etc....

9. anak pulak...baju raya dia nak beli bape pasang??kasut???aksesori???

10. nanti nak tukar duit cepat2 kat bank..takut duit seringgit2 habis...(siap pesan kat incik hubby kalau pegi bank mintak sampul raya sekali)...

baru fikir pasal puasa..tapi...

11. bestnyerr puasa..mesti banyak makanan kat bazar ramadhan...leh makan ayam golek hari2...

12. lagi best leh balik office awal..dapat permission...

13. lagi lagi best...leh kuruskan badan...kurang godaan makan waktu siang...

Alangkah ruginya pabila anda2 berfikir sepertiku.....dan tahun ni berazam untuk menjadikan bulan puasa ni bulan puasa yg amat bermakna sekali....mari kita kongsikan bersama: (diambil dari blog zikir fikir:persediaan ramadhan)

Pertama, latihan perut.


Bila sudah dekat bulan puasa ni, tahap kerajinan untuk puasa sunat hari isnin dan khamis mula meningkat, melatih perut supaya tidak mengalami kejutan budaya apabila bermulanya puasa wajib kelak. Latihan perut ini, sangat perlu terutamanya kepada kita-kita yang mudah mengalami gastrik apabila tidak makan dan minum dalam satu jangka masa yang panjang.


Kedua, mungkin kita sedang merapatkan diri dengan al-Quran.Kita membuat perancangan, mengira bilangan mukasurat yang akan dibaca setiap hari dan mungkin sedang berlatih untuk melihat sejauh mana maksimumnya stamina kita membaca al-Quran pada satu-satu masa. Targetnya, supaya berhasil mengkhatam sekali atau dua kali ataupun lebih al-Quran pada bulan tersebut.


Seterusnya, mungkin kita sedang berlatih memperbanyakkan zikir kita, supaya kelak apabila ada sahaja masa yang terluang dalam bulan puasa, kita boleh isikan dengan zikrullah. Latihan solat-solat sunat, latihan menginfakkan harta ke tabung masjid, dan banyak lagi.Namun, dalam kita melatih diri kita supaya terbiasa dengan amalan-amalan tersebut pada bulan ramadhan kelak, kadangkala kita terlepas pandang beberapa amalan yang juga perlu untuk kita biasakan diri.


Pertama, latihan mulut.Mulut kita ini kawan-kawan, termasuk diri aku sendiri (astaghfirullah), banyak sangat buat dosa. Bila nampak kenalan kita sedang duduk sembang, entah apa topik yang sedang dibualkan, kita pun turut ikut sama. Dan ketika itu, tidak cukup kita mengikuti perkembangan bicara mereka, kita malah membuka topik baru untuk dibualkan.Tidak cukup dengan kehangatan topik yang kita buka, kita panaskan pula suasana sembang pada ketika itu dengan menceritakan perihal orang lain, membuka aib-aib yang sepatutnya tidak dicerita dan diperkatakan.Kita memakan daging saudara kita sendiri, kawan-kawan.


Maka pada ketika kita sedang menunggu hadirnya bulan ramadhan yang mulia, dalam bulan syaaban ini, mari kita latih mulut kita. Nanti bila dah masuk bulan ramadhan, kita asah lagi latihan kita, dan dengan izin Allah jua, tidaklah kita terlepas kata sepanjang bulan tersebut dan juga pada hari-hari yang mendatang.InsyaAllah.


Seterusnya, latihan menutup aurat.Baik lelaki dan perempuan, kita latih diri kita supaya sentiasa menutup aurat, dalam apa-apa keadaan sekalipun. Kemudian, kita asah lagi sikap itu sepanjang bulan ramadhan kelak, dan insyaAllah dengan izin Allah jua, dengan keberkatan dalam bulan penuh barakah itu, kita mampu kekalkan sehingga masa ajal datang menjemput.


Lagi, latihan pergaulan.Kalau sebelum ini, kadar kerapatan kita tersangat tinggi, terutama sekali antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, apa kata kita berlatih untuk kurangkan kadar tersebut sebelum kehadiran bulan ramadhan kelak.Bukankah kerapatan yang tinggi bagi pasangan ajnabi itu boleh menyebabkan zina hati? Dan apakah kita mahu masa ibadah kita sepanjang bulan ramadhan kelak banyaknya dipenuhi dengan zina hati? Naudzubillahi min dzalik.Dan banyak lagi persiapan yang boleh kita lakukan sebenarnya.

* Renung2 kan dan selamat beramal*

Sunday, July 10, 2011

Yes..Dapat Award..Thanks KJee...



Ermmm...terkedu seketika bila kena hangkut award ni dari KJee...Maceh banyak-banyak, kakak..Luv u KJee...Sorry kakak lambat hangkut ini award..

Ok...nak hangkut award kena penuhi syaratnya...ekekekeke...(ingat senang nak dapat award??mana leh dapat free, hokeh...)

Soalannya: Senaraikan 7 perkara yg orang tak tahu mengenai diri kita...kalau lebih dari 7 boleh dapat extra gift tak??hehehehehe...

Jeng..jeng..jeng...

Pertama:

Saya seorang pelakon airmata... dulu-dulu mak selalu kata "kememeh"...itu bahasa ape ek? jawa ke?....memang tak bole kena marah, kalau nak marah pun cakap dengan bahasa yang sopan..hikhikhik..kalau ada orang tinggi suara jek confirm meleleh airmata...kalau gaduh pun sama, sambil cakap sambil menangis..bila fikir-fikir balik lawak plak rasanya....

Kedua:

Dari sekolah sampai dah beranak satu, saya masih lagi menyimpan rambut panjang melepasi punggung...ramai yang tanya tak rimas ke? tak susah ke nak mandi? kalau pakai tudung macammana? jawapan rasmi adalah : "dah biasa"....

Ketiga:

Oleh kerana berambut panjang, maka berlama-lamaan lah saya didalam bilik mandi...ya, saya suka duduk dalam bilik mandi sampai satu jam..dulu saya mengidamkan bilik mandi yang mempunyai tab mandi..leh berangan sambil main buih...hehehehe...cerita pasal buih, saya suka mandi dengan anak saya sambil main buih, so, orang tak tahu yang sebenarnya mak lagi seronok berbanding anak....

Keempat:

Wah..baru no. 4 dah hilang idea, susah jugak kan nak cerita tentang diri sendiri...
Hmmm....Saya tak suka pegang duit...really???...tapi saya suka shopping..apakah maksudnya???hikhikhik...
maksudnya duit saya simpan, shopping pakai duit incik hubby....tapi saya memang tak suka ada duit cash banyak-banyak dalam dompet..seminggu incik hubby akan beri RM60 untuk duit makan dan duit itu lah yang saya bawa pergi keje, no extra money...

Kelima:

Walaupun seminggu saya hanya bawa RM60 pergi keje tapi tak bermakna saya kedekut..ekeekekke..sebab saya suka belanja kawan-kawan makan..tapi sebulan sekali jek..tunggu duit gaji..hik..Dari zaman sekolah dulu memang suka belanja kawan-kawan..Dulu masa sekolah pakai duit abah (cilok wooo)..sampai sekarang abah tak tahu....weeee......

Keenam:

Saya suka makan...kalau ada makanan yang pelik-pelik jek mesti nak cuba dulu...tapi tak suka makan makanan masak sendiri..walaupun sekadar goreng-goreng jek...masak je semangat bukan main tapi time makan rasa macam tak sedap jek..walaupun orang lain kata sedap...memang camtu ke???

Ketujuh:

Saya suka berkawan dengan semua orang...(gila glamer..weee...) tapi malu nak cakap berdepan...tapi kalau dah mesra jangan suruh saya berhenti cakap sebab saya banyak cerita nak kongsi..saya akan tengok orang dulu sebelum saya bercerita, ye la kan kadang-kadang tak semua orang leh sesuaikan diri dengan kita..kadang-kadang kita ni terkasar sikit...main cakap jek...pape pun seronok kalau ramai kawan..

Eh, dah no. 7 ke?..haishhh...banyan pulak nak cerita...hehehehe...

Ok..selesai sudah cerita saya,,,yes..leh hangkut award dari KJee...

Maaf, saya nak simpan sendiri award ni...(eh, apsal pulak?..)..sbb saya baru lagi disini dan masih lum ramai follower...takkan saya nak hantar balik award ni pada Kjee..Saya simpan yea, kakak-kakak semua...ampunkan saya....


Thursday, July 7, 2011

Tak Suka Makan Anggur??

Kenapa tak suka makan anggur??? anggur kan sedap... (berkerut kening ku bila humaira tak suka makan anggur)...

Orang selalu kata, "ala..dia xmakan tu sbb mak/ayah dia xmakan la kut"..

Kalau betul bermakna Humaira ikut ayah la..tak suka makan buah...tapi bukan ke anak-anak kecil ni semasa lahirnya ibarat kain putih dan kita sebagai ibu bapa yang mencorakkannya..mana ada ikut ayah ke ikut mak ke kan??

Sejak dari awal lagi ku dah ajar Humaira makan buah mcm pisang, epal, betik, tembikai tp yg peliknya kenapa dia tolak makan anggur??

Hehehehee...idea gila ku sudah mari...tetttt...

Minggu lepas, aku pergi kedai buku dan terjumpa buku hasil tulisan Wardina Safiyyah bertajuk "Mama, saya lapar"


Humaira sangat-sangat suka buku ni...

Ku pun ambil peluang memujuk si tecik ni...mula-mula aku buka dan baca kuat-kuat depan dia...oleh kerana buku ni macam buku bergambar (semua gambar makanan ada),...so sweet...maka senang la ku tunjuk Humaira apa yang kawan dia (anak-anak Wardina) makan dalam buku ni..

Hari esoknya pula aku bawa sepinggan anggur dan aku layan sesorang..Humaira hanya tolong petikkan je anggur tu dari tangkai..haru kan..hikhikhik...

Ok..taktik aku bermula...sambil-sambil tu aku buka lagi buku yang sama..dan entah macammana dia sendiri terbuka page yang mana gambar anak Wardina tengah makan anggur..ekekekekkee....


Dan apa katanya " eh...eh...(sambil tunjuk gambar dan anggur dalam pinggan)...

Ummi, "sama kan buah dia dengan yang ummi makan? Humaira nak rasa?"..hik

Dan aksi seterusnya:

Bersemangat si tecik nak makan anggur sama macam dalam buku....


Wah...bila dia mula gigit jek ku rasa macam nak menjerit...yes..yes..yes...


ekekeke..habis buah-buah anggur tu Humaira gigit tanpa telan..(lepas gigit keluarkan balik bagi kat ummi)....kesudahannya ku yang habiskan...Tapi tak apa, sekurang-kurangnya dia tau macam mana rasa buah anggur...