Monday, August 22, 2011

Gaduh Balik Kampung!!!!!!

Minggu ni mesti ramai yang dah balik kampung, akan balik kampung atau balik kampung suami/isteri...dan mungkin juga tak balik kampung mana2 pun..adil kan...

Dekat office ni 2, 3 orang dah muncung se"itik"...(ok lagi kut, kalau muncung dua tiga itik confirm gunung berapi dah meletus), almaklumlah tahun ni giliran raya kampung suami...kalau tahun lepas senyum melebar balik kampung sendiri...seminggu sebelum dah siap2 packing barang, tahun ni confirm2 kalau esok balik malam ni baru kemas dengan lemah longlai...kahkahkahkahkah...Tapi kalau raya kampung suami bermakna kopak lah incik suami tahun ni..ala..mesti lah nak bergaya sakan..biar sanak sedara sepupu sepapat suami pandang berkelip2 mata...

Kami??? alaa..ku xkisah sangat (cakap nak sedapkan hati jekk, tapi menangis dalam diam)...balik kampung mana dulu pun xkisah sbb tetap gak balik kampung dua2 tempat...kalo pagi raya kampung suami bermakna raya kedua dah balik kampungku..begitu juga sebaliknya...cuma anak manja biasalah kan...(pagi2 raya sedih, dengar takbir teringat kat mak..huwaaaaa...)


Yeay..yeay..balik kampung incik suami tahun ni...(wah!!!ayat xleh blah)...

Friday, August 19, 2011

Roti Garam

10 hari lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri..yeaaa...tapi sebelum tu jangan dilupakan 10 malam yg terakhir ni, rajin2 bangun solat malam, banyakkan baca Quran, berzikir selalu, berdoalah meminta kepada tuhan sebanyak mana pun semoga tuhan makbulkan..kalau tak semua, salah satu pun kira ok laaa...


Bangun Sahur?..erm..mungkin ada yang dah tak bangun sahur bila dah hujung2 puasa ni..malas katanya..minum air suam jadilah....Kami berdua pun macam malas2 jek nak bangun tapi bangun sahur kan dapat pahala...ape salahnya bangun sekejap walau minum air segelas..tapi air segelas ape rasakan....dan dek kerana rasa tu la roti telur ku pagi tadi rasa masin...terlebih garam...aduhaiiii....2, 3 hari lepas sudah bilang sama incik hubby teringin nak makan roti telur, dibelinya roti dan telur, akhirnya roti telur macam roti garam..tapi..tapi kan kami makan jek..buat2 macam takde pape...hikhikhik...cuma incik hubby sound gak la..

Incik hubby : "sayang letak garam eh"...

aku :  "a'ah..nape masin ke? (buat2 xtau plak kan)..bersalahhhhh.....

Incik hubby : a'ah masin sikit....tapi terus makan sampai habis....







klik-klik di google






* Roti sangat sesuai dimakan waktu sahur kerana memberi tenaga lebih dan menyegarkan tubuh badan




Tuesday, August 9, 2011

Suaranya yang Gemersik


Bulan Ramadhan ini eloklah kita perbanyakkan bacaan Quran dan zikir kepada Yg Esa..ku sangat meminati suara Ustaz Dzulkarnain mengalunkan zikir..sangat menyentuh hati...selalu nampak dia dalam Astro Oasis...


Monday, August 8, 2011

Sedap ke Makan Daun???

Pernah ke tak anak-anak anda ter"eksiden" makan daun???

Anak saya??....pernah....

Entri sebelum ni pasal anak saya makan kacang botol kan..dan 2 hari lepas dia petik daun bonsai saya dan masuk ke mulut...dalam percubaan untuk mengunyah mujur incik hubby nampak...fuhhh....mungkin dia ingat boleh makan sebab warna sama hijau...

Berulang kali saya geleng kepala,...nak ketawa pun ada, takut pun ada...almaklumlah takut pulak alergik apa-apa nanti...saya harap kejadian ini tidak akan berulang lagi..ekekekeke...

klik klik di google

Suamiku Curang


Suami saya???bukan..hehehe..bukan suami saya...saya merasa sedih dan terkilan dibulan2 mulia ini pabila orang yg terdekat dengan saya mendapat berita (eh bukan berita..kalau berita tak tahu lagi sahih ke tak) tapi yg ni cerita benar dimana suaminya bermain kayu tiga...bukannya seorang dua tapi ramai yg mengalami masalah yg sama. sebenarnya saya sedih sebab para2 isteri ini mereka yg terdekat dengan saya. Ada yg suami bersms dengan perempuan lain (yg ni baru mula berkenalan), ada yg suami bercinta dengan perempuan lain (yg ni kantoi bila dah berbulan2 kenal), ada yg pernah bersama dengan perempuan lain (yg ni paling teruk..ayat glamer ada pompuan simpanan la kan)...

Yang paling menakutkan anak-anak dara sekarang lagi suka memburu suami-suami orang dengan alasan kewangan mereka lebih terjamin berbanding bujang trang tang tang kat luar tu...memang la suami orang kewangan terjamin sbb dorang dah kahwin, nak tanggung isteri & anak-anak tapi ada jugak sebaliknya kan..yg bujang tu pun ada jugak yg pandai kumpul harta...

Saya sangat takut kerana saya juga seorang isteri, bagaimana keadaan yg sama terjadi kepada saya..saya hanya berdoa sepanjang masa semoga suami saya setia dan sayang kepada saya dunia akhirat kerana Allah swt...

Saya terkedu dan tak tahu nak kata apa kerana saya bukanlah orang yg layak untuk memberi nasihat kerana saya pun masih lagi dalam istilah "menyesuaikan diri" dengan suami...bak kata orang2 tua mereka lagi banyak makan garam dari saya...kalau mereka makan garam sekilo, saya pulak baru 100g...mungkin lagi sikit dari itu...macam tu la...

Tapi dari apa yg saya baca (saya suka membaca untuk kutip pengalaman orang lain)..

Pertamanya sebelum suami bercita2 nak bercinta dengan perempuan lain...sebagai isteri kita kena selalu memberi perhatian kepada suami..jgn leka, jgn lalai....penuhi segala tanggungjawab kita sebagai isteri..kalau tak tahu bagaiman? sekarang kan zaman IT...klik jek semua info keluar...

Keduanya bila suami kantoi dengan perempuan lain....jangan terus menyalahkan mereka kerana mereka akan menyalahkan kita semula...kita muhasabah diri..dimana kesilapan kita...tanya suami apa kesilapan kita sbb kadang2 kita tak sedar kekurangan diri...perbetulkan segala kekurangan itu..(yes..manusia takde yg sempurna tapi tak salah kalau kita cari kesempurnaan itu)

Ketiganya bila suami dah kantoi tapi masih memilih kita....bila kita sedar kesilapan kita dan kita perbetulkan, perlahan-lahan kita perbetulkan kekurangan suami kita...dengan bahasa yg manis dan sopan santun..bukan ke orang lelaki suka kan wanita yg manja dan sopan..sabar yea puan-puan demi kebahagiaan rumah tangga...kerana pabila mereka melakukan kesilapan pertama, masih lagi ada ruang untuk kesilapan kedua sekiranya kita memandang remeh hal ini...(mengikut pengalaman mereka2 yg terdekat dgn saya)

Keempatnya berserah kepada Allah...melakukan ibadah berjemaah suami isteri perkara terbaik dalam rumahtangga. jangan lupa Allah yg mengurniakan dia (suami) kepada kita untuk saling lengkap-melengkapi...kebaikan dikongsi bersama dan kekurangan juga ditutupi bersama...

Tetapi, ada seorang pakar berkenaan dengan masalah wanita (tak payah la sebut namanya kan), dia ada bagitau selagi suami tidak naik tangan (pukul), kita sebagai isteri masih lagi boleh bertolak ansur tetapi bila suami sudah mula mencederakan kita maka carilah penyelesaian untuk tuntut hak kita sebagai isteri...

Saya hanya berkongsi dari pembacaan saya...dan anda-anda disana fikir-fikirkanlah dan selamat beramal...:-)

Doa saya semoga rumahtangga kita semua dilindungi dan mendapat keberkatan dariNya...

Thursday, August 4, 2011

Khasiat Kacang Botol

klik-klik di google



Atau nama botaninya setelah digoogle " ( Psophocarpus tetragonolobus )...terbelit lidah menyebutnya...dan nama sinonim yg lain "Dolichos tetragonolobus dan Botor tetrogonolobus" yang botor tu dekat2 ngan botol..tu yg panggil kacang botol kut..ekekeke

Khasiatnya....Kacang botol adalah sejenis sayuran yang mengandungi banyak protein. Disamping itu kacang botol muda mengandungi banyak kalsium, besi dan vitamin A. Daunnya mempunyai nilai pemakanan yang baik dengan kandungan 5-7 % protein, banyak mengandungi vitamin A, vitamin C dan garam galian.

Dan info yg ini baru sahaja ku tahu....Kacang botol mempunyai khasiat dan nilainya dalam perubatan. Bagi orang yang diserang demam campak, daun kacang botol yang direbus dengan bahan campuran lain boleh disapukan ke seluruh badan bagi melegakan penyakit tersebut. Di samping itu, akar kacang botol yang ditumbuk lumat digunakan untuk mengubati penyakit vertigo. Manakala air bancuhan daun kacang botol digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah. Daunnya yang ditumbuk lumat juga boleh disapukan pada bahagian bengkak dan bisul serta daunnya juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.

hehehee..seronok baca sbb ku peminat kacang botol..baru semalam makan..kacang botol ni makan camtu je pun da ok..kalo goreng ke, buat kerabu ke bertambah2 la oknyeerrr....semalam  terkejut gak dak tecik Humaira gigit2 macam tu jek..pastu bila kita pandang dia kata "seeedaaapp..." tak sempat nak snap gambar sbb tengah berbuka...habis suku gak la dia makan...pasni senang xpayah masak sayur..bagi jek sayur mentah..weee....

Tuesday, August 2, 2011

Ayam Bermacam Ayam

Shedapppnyeeer ayam goreng berempah....yummyy...

Ayam...dah macam sebati dalam keluarga kami...Humaira yg baru setahun lebih tu pun kalau tanya makan apa dia akan jawab ayam walhal dia makan benda lain..incik hubby pulak peminat setia ayam, kalau masak takde ayam makan macam nak tak nak jek..kalau ajak makan mcd ke kfc ke riang jek muka...Humaira pulak kalau nampak burger ayam sebut "M" maksudnye mcd la tu....mereka berdua memang peminat ayam...

Tapi kali ni mereka kena berpantang makan ayam..sbb badan Humaira still lagi merah-merah...ayam yang beli sehari sebelum puasa ari tu alamat keras kejung la dlm peti ais..sebenarnya yang berpantang adalah Humaira  dan ummi sbb ummi susukan Humaira tapi ayah pun kena la join sekali..baru adil...

Bermakna puasa kali ni takde la ayam golek, ayam goreng, ayam panggang...segala macam ayam laaa...bila pergi bazar ramadhan tu macam reaksi ipin (rancangan upin-ipin) pergi bazar (kalau pernah tgk la..)..wah...ayam....pastu mcm2 ayam mengelilingi ipin..ekekekeke....macam tu la reaksi kami sbb kami tak bole makan ayam...

Mungkin Tuhan memakbulkan doaku...inginkan puasa yg barakah tahun ni...dulu time puasa hari-hari ke bazar, rambang mata semua dibeli, banyak membazir....tahun ni, beli mana yg nak makan jek..tu pun setelah di 'scan' ada ayam ke tak... 

Takpe ayam takpe..nanti Humaira dah baik kita cuba makan yek...