Suami saya???bukan..hehehe..bukan suami saya...saya merasa sedih dan terkilan dibulan2 mulia ini pabila orang yg terdekat dengan saya mendapat berita (eh bukan berita..kalau berita tak tahu lagi sahih ke tak) tapi yg ni cerita benar dimana suaminya bermain kayu tiga...bukannya seorang dua tapi ramai yg mengalami masalah yg sama. sebenarnya saya sedih sebab para2 isteri ini mereka yg terdekat dengan saya. Ada yg suami bersms dengan perempuan lain (yg ni baru mula berkenalan), ada yg suami bercinta dengan perempuan lain (yg ni kantoi bila dah berbulan2 kenal), ada yg pernah bersama dengan perempuan lain (yg ni paling teruk..ayat glamer ada pompuan simpanan la kan)...
Yang paling menakutkan anak-anak dara sekarang lagi suka memburu suami-suami orang dengan alasan kewangan mereka lebih terjamin berbanding bujang trang tang tang kat luar tu...memang la suami orang kewangan terjamin sbb dorang dah kahwin, nak tanggung isteri & anak-anak tapi ada jugak sebaliknya kan..yg bujang tu pun ada jugak yg pandai kumpul harta...
Saya sangat takut kerana saya juga seorang isteri, bagaimana keadaan yg sama terjadi kepada saya..saya hanya berdoa sepanjang masa semoga suami saya setia dan sayang kepada saya dunia akhirat kerana Allah swt...
Saya terkedu dan tak tahu nak kata apa kerana saya bukanlah orang yg layak untuk memberi nasihat kerana saya pun masih lagi dalam istilah "menyesuaikan diri" dengan suami...bak kata orang2 tua mereka lagi banyak makan garam dari saya...kalau mereka makan garam sekilo, saya pulak baru 100g...mungkin lagi sikit dari itu...macam tu la...
Tapi dari apa yg saya baca (saya suka membaca untuk kutip pengalaman orang lain)..
Pertamanya sebelum suami bercita2 nak bercinta dengan perempuan lain...sebagai isteri kita kena selalu memberi perhatian kepada suami..jgn leka, jgn lalai....penuhi segala tanggungjawab kita sebagai isteri..kalau tak tahu bagaiman? sekarang kan zaman IT...klik jek semua info keluar...
Keduanya bila suami kantoi dengan perempuan lain....jangan terus menyalahkan mereka kerana mereka akan menyalahkan kita semula...kita muhasabah diri..dimana kesilapan kita...tanya suami apa kesilapan kita sbb kadang2 kita tak sedar kekurangan diri...perbetulkan segala kekurangan itu..(yes..manusia takde yg sempurna tapi tak salah kalau kita cari kesempurnaan itu)
Ketiganya bila suami dah kantoi tapi masih memilih kita....bila kita sedar kesilapan kita dan kita perbetulkan, perlahan-lahan kita perbetulkan kekurangan suami kita...dengan bahasa yg manis dan sopan santun..bukan ke orang lelaki suka kan wanita yg manja dan sopan..sabar yea puan-puan demi kebahagiaan rumah tangga...kerana pabila mereka melakukan kesilapan pertama, masih lagi ada ruang untuk kesilapan kedua sekiranya kita memandang remeh hal ini...(mengikut pengalaman mereka2 yg terdekat dgn saya)
Keempatnya berserah kepada Allah...melakukan ibadah berjemaah suami isteri perkara terbaik dalam rumahtangga. jangan lupa Allah yg mengurniakan dia (suami) kepada kita untuk saling lengkap-melengkapi...kebaikan dikongsi bersama dan kekurangan juga ditutupi bersama...
Tetapi, ada seorang pakar berkenaan dengan masalah wanita (tak payah la sebut namanya kan), dia ada bagitau selagi suami tidak naik tangan (pukul), kita sebagai isteri masih lagi boleh bertolak ansur tetapi bila suami sudah mula mencederakan kita maka carilah penyelesaian untuk tuntut hak kita sebagai isteri...
Saya hanya berkongsi dari pembacaan saya...dan anda-anda disana fikir-fikirkanlah dan selamat beramal...:-)
Doa saya semoga rumahtangga kita semua dilindungi dan mendapat keberkatan dariNya...
No comments:
Post a Comment