Thursday, August 4, 2011

Khasiat Kacang Botol

klik-klik di google



Atau nama botaninya setelah digoogle " ( Psophocarpus tetragonolobus )...terbelit lidah menyebutnya...dan nama sinonim yg lain "Dolichos tetragonolobus dan Botor tetrogonolobus" yang botor tu dekat2 ngan botol..tu yg panggil kacang botol kut..ekekeke

Khasiatnya....Kacang botol adalah sejenis sayuran yang mengandungi banyak protein. Disamping itu kacang botol muda mengandungi banyak kalsium, besi dan vitamin A. Daunnya mempunyai nilai pemakanan yang baik dengan kandungan 5-7 % protein, banyak mengandungi vitamin A, vitamin C dan garam galian.

Dan info yg ini baru sahaja ku tahu....Kacang botol mempunyai khasiat dan nilainya dalam perubatan. Bagi orang yang diserang demam campak, daun kacang botol yang direbus dengan bahan campuran lain boleh disapukan ke seluruh badan bagi melegakan penyakit tersebut. Di samping itu, akar kacang botol yang ditumbuk lumat digunakan untuk mengubati penyakit vertigo. Manakala air bancuhan daun kacang botol digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah. Daunnya yang ditumbuk lumat juga boleh disapukan pada bahagian bengkak dan bisul serta daunnya juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.

hehehee..seronok baca sbb ku peminat kacang botol..baru semalam makan..kacang botol ni makan camtu je pun da ok..kalo goreng ke, buat kerabu ke bertambah2 la oknyeerrr....semalam  terkejut gak dak tecik Humaira gigit2 macam tu jek..pastu bila kita pandang dia kata "seeedaaapp..." tak sempat nak snap gambar sbb tengah berbuka...habis suku gak la dia makan...pasni senang xpayah masak sayur..bagi jek sayur mentah..weee....

3 comments:

  1. kacang botol di buat kerabu atau ulam memang sedap..:)

    rempah cajun tu ada di jual di pasaraya giant..beli kat bhg rempah.dlm botol.keluaran mcCormick..apa nak malukan..kita kan sama2 belajar:)

    ReplyDelete
  2. wokeh akak..tq byk2...i lap u...

    ReplyDelete
  3. salam tuan umah,nice pinky rose.kacang botol cicah dgn sambal tempoyak, my fevret, cajun actually a mexican or latin spica, normally they use for marinate fish or grilling dish, the chicken also can, but more to bake poultry and meat.

    ReplyDelete