Wednesday, May 18, 2011

Iklan Susu Ibu

Aku tak tahu iklan ni dah lama atau baru tapi aku baru beberapa kali tengok iklan ni..kalau tak silap aku dalam tahun ni...incik hubby kata "baru sekarang dia nak kuarkan iklan ni kan sayang"...iklan susu ibu beb...kagum tak??..yes..sangat2 kagum tapi aku ada beberapa komen...ekekeke...
1. kenapa gambar iklan nampak macam IKLAN lama???..@ aku jek yang baru perasan iklan ni wujud? aku tengok iklan ni takde tarikan langsung macam iklan susu FM yang lain2 tu..kan..kan..kan..kalau iklan susu FM tu kita tengok pun kita rasa macam nak cuba tapi iklan yang ni aku rasa ibu2 menyusu jek yang perasan..tak ada daya tarikan langsung...
2. kenapa tak ambil artis -artis kita yang telah berjaya menyusukan bayi mereka?aku rasa ramai artis2 kita yang menyokong penyususan susu ibu ni..aku rasa mereka lagi teruja kalau diberi peluang berkongsi keseronokan mereka menyusu bayi masing2. (mungkin budget kecik kut..)
3. kenapa iklan ni tak ceritakan bagaimana penyusuan semasa bekerja. sekurang2 nya membuka mata semua ibu2 dan bakal2 ibu yang bekerja. Paling tidak pun tunjuk cara ibu mengepam, simpan stok, dan cara pemberian susu kepada bayi. Lagi nampak menarik kan? boleh jugak paparkan aksi bayi2 yang sihat dan riang mendapat susu ibu @ cerita yang touching bagaimana bounding ibu dan bayi semasa penyusuan..hehehee..aku pulak yang lagi semangat..
Apa2 pun aku hormat dan kagum kepada mereka yang telah menjayakan iklan ni..biarlah begitu dari tak ada kan...

Sunday, May 15, 2011

Bagaikan Bidadari

Lagu ini didedikasi buat puteri kesayangan kami..Nur Hana Humaira Binti Mohd Shahar...

Aku paling suka part chorus..lirik yang menyentuh perasaan...


Bagai sebuah cerita aku dan dia
Bermula hanya matanya yang mempersona
Dia membuatkan hari-hariku
Bagai sempurna tiada celanya
Malam ku gelisah siang ku bertanya
Jika kau tak bersama

# Hadirmu bagaikan bidadari
melengkapkan langkahku yang terhenti
Kaulah permaisuri gelap dunia tanpamu
Umpama nafasku tak berhenti
Jika kau hilang dalam hidup ini
Percayalah kasih cintaku padamu

Tak pernah hilang
Tak akan pergi

Kitakan terus bersama
Bukan untuk seketika tapi untuk selama-lama
Jangkau kasih kita hingga keakhirnya
Kita bagai di syurga

# ulang

Tak pernah hilang
Tak akan pergi
Tetap dihatiku
Kekal dihatiku
Hanya kamu
Tetap dihatiku
Tetap dihatiku

Wednesday, May 11, 2011

Ibu..engkaulah ratu hatiku..

YES...aku kalo sehari xcall mak aku mmg xsah...ada jek cite aku nak beritahu dia...dan kalo aku xtelefon 2, 3 hari makanya mak aku akan ingat aku merajuk dengan dia...aku rasa dalam ramai2 insan disekelilingku, aku lebih mempercayai "mak". Dari dulu semasa zaman anak dara sampailah sekarang zaman mak dara, semua perkara aku kongsi dengan mak. Hatta, cerita boypren pun aku kongsi dengan mak. Mak jugak la akauntan tak berbayar mengira berapa ramai koleksi boypren aku (itu zmn comel2 dulu, skang no..no..no..)...

YES...aku lah orang yang selalu teruja bila tiba hari2 ulangtahun besday @ hari ibu @ hari bapa..malah hari wanita sedunia pun aku nak sambut gak, xkira la hari ape pun...aku memang sangat2 suka...sampaikan abah aku pernah cakap, kalo besday sume orang kakak je yang ingat dulu... 

IBU..IBU..ENGKAULAH RATU HATIKU...

Lagu ni dah jadi sebati dalam diri aku kerana hari2 sebelum tidurkan Humaira aku kena nyanyi lagu ni..spesel request from her...sambil dia menyusu sambil mendengar sore sumbang aku ni...
kalo aku suruh dia nyanyi maka lagu inilah yang didendangkan tapi dia cume dapat bait2 depan jek..."Ibu..Ibu.."
Untuk mak aku sempena hari ibu ni (8 Mei 2011), aku cuma deliver surprise cekelet untuk dia..kawan sekolah aku yang tolong hantarkan,..terima kasih banyak2 pada yatt tolong watkan cekelet hari ibu dan deliver sekali...
Aku pulak dah 2 tahun sambut hari ibu...dan terima kasih pada incik hubby kerana sudi celebrate hari ibu bersama dan hadiah yea...ni yang makin sayang ni, hik..hik..hik...untuk sayang humaira, terima kasih nyanyikan lagu ibu untuk ummi...Ummi bahagia kerana dikurniakan baby secomel Humaira...sebaik Humaira dan sebijak Humaira...
Harapan Ummi agar Ummi sentiasa diberi kekuatan dan kesihatan untuk terus menjaga Humaira dan melihat Humaira membesar dengan sihat...
Harapan Ummi agar Ummi diberi kecekalan hati melayani kerenah-kerenah Humaira kerana Ummi tahu masa tak akan berputar semula jadi Ummi ingin abadikan momen2 kita bersama sebagai kenangan yang terindah dalam hidup kita...
Harapan Ummi agar Ummi berjaya susukan Humaira sehingga 2 tahun dan seterusnya supaya Humaira betul2 puas menikmati susu Ummi dan semoga dengan keberkatan susuan ini menjadikan hubungan kita sentiasa rapat...
Harapan Ummi agar Ummi ditetapkan hati, dicekalkan iman agar Ummi terus dapat menyayangi Humaira dan Ayah dan semoga keluarga kita berkekalan bahagia sehingga keakhirnya agar Humaira tidak pernah merasa kesal menjadi anak Ummi dan Ayah...

Sebenarnya banyak harapan Ummi, sayang...tapi hati keibuaan ini terasa sebak pula...takpe la, bila Humaira besar nanti, kita sambung lagi ok...Apa-apa pun terima kasih sayang kerana memberi Ummi peluang merasai nikmat2 menjadi seorang ibu, merasai kasih sayang yang dicurahkan olehmu, merasai pelukan dan ciuman mesra darimu, Ummi sangat2 menghargainya dan bersyukur kepada Tuhan..kerana mengurniakan anak yang baik untuk menjadi peneman Ummi..

psstt..stop dulu la..kalo teruskan mau kering air mata mokcik...-aku yang penyedih-



              SAYANG KORANG BERDUA....

Thursday, May 5, 2011

Shawl Stylo...

http://youtu.be/A8Eojhz1gdE

Sila klik di atas kerana anda akan menemui cara pemakaian scarf ala2 arab..huhuhuhu...

How nice she is....amazing one..

ku suke cara dia memakai shawl..fanatik makcik tau...cmne dia leh terfikir nak pakai cmni..???

what if im trying to wear like her pastu aku pegi office..walla...confirm member2 office wat scene CSI ngan aku...aku yang pakai tudung ala2 ni pun selalu kena tanya beli kat mana? pakai cam mane?....sampai aku pernah terfikir nak jual tudung supaya dorang senang nak dapatkan stok tudung..kehkehkeh...

tapi bile kufikir2 kan balik, betapa sengalnye aku ni kerana cara aku pakai tudung mengikut mood dan emosi serta keadaan sekeliling...chewah..kalo aku mls, ehem..ehem...aku men pakai ikat or silang jek..kenapa aku xpakai tudung sarung yg da siap ada kat pasaran skang ni??the answer is incik hubby tak suke..ada ke patut dia kata ku pakai cam makcik indon...sabo je dik nun...

Wednesday, May 4, 2011

Hepi Labour Day

lambatnye entry ni kuar...sume org dah mule msuk keje setelah bercuti sempena hari pekerja..

kemana kami habiskan cuti hari pekerja???

kami hanya di KL, berangan nak ke Genting tapi hotel penuh, jugak berangan ke Legend International Water, PD bilik juga penuh, akhirnya kami hanya berjalan2 sekitar KL yg lengang...syok gile...
kebetulan ibuku tercinta dtg dengan dinda kesayangan kami. betapa seronoknya Humaira kerana sepanjang 3 hari cuti dia ada kawan bermain..kemana2 mereka berdua...makan bersama..main bersama..tido jek kena cari ummi gak..nak nenen dulu baru bole tido..ekekee...tidak dihiraunya kemana ummi dan ayah.kami berdua pun mengambil kesempatan bercinta ala2 bujang..kehkehkeh...bila lagi dapat peluang berdua-duaan..kan..kan..kan...

 kami di IKEA..posing2 didlm gudang..hikhikhik...
 si comel dan kusi nyerrr...
 ibuku n adikku tercinta..luv u ollss...
 kekasih hatiku..miss u both...
adakah mereka nmpk seperti adik beradik???setiap kali keluar mesti orang ingat aku ibu beranak dua...atau adakah kerana aku nmpk tua???oh no!!!!!....