Wednesday, May 11, 2011

Ibu..engkaulah ratu hatiku..

YES...aku kalo sehari xcall mak aku mmg xsah...ada jek cite aku nak beritahu dia...dan kalo aku xtelefon 2, 3 hari makanya mak aku akan ingat aku merajuk dengan dia...aku rasa dalam ramai2 insan disekelilingku, aku lebih mempercayai "mak". Dari dulu semasa zaman anak dara sampailah sekarang zaman mak dara, semua perkara aku kongsi dengan mak. Hatta, cerita boypren pun aku kongsi dengan mak. Mak jugak la akauntan tak berbayar mengira berapa ramai koleksi boypren aku (itu zmn comel2 dulu, skang no..no..no..)...

YES...aku lah orang yang selalu teruja bila tiba hari2 ulangtahun besday @ hari ibu @ hari bapa..malah hari wanita sedunia pun aku nak sambut gak, xkira la hari ape pun...aku memang sangat2 suka...sampaikan abah aku pernah cakap, kalo besday sume orang kakak je yang ingat dulu... 

IBU..IBU..ENGKAULAH RATU HATIKU...

Lagu ni dah jadi sebati dalam diri aku kerana hari2 sebelum tidurkan Humaira aku kena nyanyi lagu ni..spesel request from her...sambil dia menyusu sambil mendengar sore sumbang aku ni...
kalo aku suruh dia nyanyi maka lagu inilah yang didendangkan tapi dia cume dapat bait2 depan jek..."Ibu..Ibu.."
Untuk mak aku sempena hari ibu ni (8 Mei 2011), aku cuma deliver surprise cekelet untuk dia..kawan sekolah aku yang tolong hantarkan,..terima kasih banyak2 pada yatt tolong watkan cekelet hari ibu dan deliver sekali...
Aku pulak dah 2 tahun sambut hari ibu...dan terima kasih pada incik hubby kerana sudi celebrate hari ibu bersama dan hadiah yea...ni yang makin sayang ni, hik..hik..hik...untuk sayang humaira, terima kasih nyanyikan lagu ibu untuk ummi...Ummi bahagia kerana dikurniakan baby secomel Humaira...sebaik Humaira dan sebijak Humaira...
Harapan Ummi agar Ummi sentiasa diberi kekuatan dan kesihatan untuk terus menjaga Humaira dan melihat Humaira membesar dengan sihat...
Harapan Ummi agar Ummi diberi kecekalan hati melayani kerenah-kerenah Humaira kerana Ummi tahu masa tak akan berputar semula jadi Ummi ingin abadikan momen2 kita bersama sebagai kenangan yang terindah dalam hidup kita...
Harapan Ummi agar Ummi berjaya susukan Humaira sehingga 2 tahun dan seterusnya supaya Humaira betul2 puas menikmati susu Ummi dan semoga dengan keberkatan susuan ini menjadikan hubungan kita sentiasa rapat...
Harapan Ummi agar Ummi ditetapkan hati, dicekalkan iman agar Ummi terus dapat menyayangi Humaira dan Ayah dan semoga keluarga kita berkekalan bahagia sehingga keakhirnya agar Humaira tidak pernah merasa kesal menjadi anak Ummi dan Ayah...

Sebenarnya banyak harapan Ummi, sayang...tapi hati keibuaan ini terasa sebak pula...takpe la, bila Humaira besar nanti, kita sambung lagi ok...Apa-apa pun terima kasih sayang kerana memberi Ummi peluang merasai nikmat2 menjadi seorang ibu, merasai kasih sayang yang dicurahkan olehmu, merasai pelukan dan ciuman mesra darimu, Ummi sangat2 menghargainya dan bersyukur kepada Tuhan..kerana mengurniakan anak yang baik untuk menjadi peneman Ummi..

psstt..stop dulu la..kalo teruskan mau kering air mata mokcik...-aku yang penyedih-



              SAYANG KORANG BERDUA....

No comments:

Post a Comment