Aku tak tahu iklan ni dah lama atau baru tapi aku baru beberapa kali tengok iklan ni..kalau tak silap aku dalam tahun ni...incik hubby kata "baru sekarang dia nak kuarkan iklan ni kan sayang"...iklan susu ibu beb...kagum tak??..yes..sangat2 kagum tapi aku ada beberapa komen...ekekeke...
1. kenapa gambar iklan nampak macam IKLAN lama???..@ aku jek yang baru perasan iklan ni wujud? aku tengok iklan ni takde tarikan langsung macam iklan susu FM yang lain2 tu..kan..kan..kan..kalau iklan susu FM tu kita tengok pun kita rasa macam nak cuba tapi iklan yang ni aku rasa ibu2 menyusu jek yang perasan..tak ada daya tarikan langsung...
2. kenapa tak ambil artis -artis kita yang telah berjaya menyusukan bayi mereka?aku rasa ramai artis2 kita yang menyokong penyususan susu ibu ni..aku rasa mereka lagi teruja kalau diberi peluang berkongsi keseronokan mereka menyusu bayi masing2. (mungkin budget kecik kut..)
3. kenapa iklan ni tak ceritakan bagaimana penyusuan semasa bekerja. sekurang2 nya membuka mata semua ibu2 dan bakal2 ibu yang bekerja. Paling tidak pun tunjuk cara ibu mengepam, simpan stok, dan cara pemberian susu kepada bayi. Lagi nampak menarik kan? boleh jugak paparkan aksi bayi2 yang sihat dan riang mendapat susu ibu @ cerita yang touching bagaimana bounding ibu dan bayi semasa penyusuan..hehehee..aku pulak yang lagi semangat..
Apa2 pun aku hormat dan kagum kepada mereka yang telah menjayakan iklan ni..biarlah begitu dari tak ada kan...
No comments:
Post a Comment