Thursday, June 28, 2012

Korset "Abang Sayang"





Semestinya Premium Beautiful Korset...kenapa mendapat gelaran "korset abang sayang"...ops!..sebelum tu untuk yang sudah berumahtangga je yea...

Sebabnya walaupun kita yang pakai korset tapi husband yg feel more...ehem..ehem...=)

Bagi para isteri apatah lagi ibu-ibu yang telah melahirkan semestinya mahu mengekalkan kecantikan bentuk badan untuk suami tersayang...Bagi yang kontur badan yang dah lari, tentulah kena kejar cepat-cepat takut nanti cik abe pulak yang lari...

Bukan setakat luaran malahan kecantikan dalaman pun perlu diberi perhatian...Suami mana yang tak geram bila tengok isteri "HOT",, confirm bangga cik abe bila keluar dengan isteri yang bergetah gitu, for sure tak nak berenggang..

Kebanyakan pengguna PB korset selalu dapat pujian "macam anak dara" dari suami tercinta...bangga tak?? of coz laa bangga if dah ada anak 2, 3 cik abe sayang cakap macam tu lagi..kan...kan...kan...bukan ke kita pakai korset abang sayang...hari-hari sayang...hari-hari mau...(ops...terlebih sudah!!!!)



 Berminat??? bole call / sms sekarang: Eima 017-2253933 untuk dapatkan korset " ABANG SAYANG"



Doyan Oh Doyan!!!!....


Eima memang peminat setia durian,,, kalau dulu sebelum kahwin abah mesti bawa pergi kebun durian..masa tu makanlah sampai muak...pastu siap tapau lagi berbakul-bakul durian bawa balik rumah..makan lagiii sampai kenyang durian laa....selagi tak habis selagi tu duk mengadap abah kopek..maklumlah kopek sendiri tak tau..tau makan jek...huhuhuhuhu...

Masa eima belajar kat UITM, Perak pun masa tu kalau musim durian mak mesti call suruh balik...katanya kakak je yang makan banyak..orang kat rumah ni, dapat rasa sikit jadilah...penangan durian kan...bila musim durian je mak abah mesti ingat kat eima sebab makan tak henggat dunia...hahahahaa...

Bila dah kahwin, dah kurang makan sebab incik hubby tak suka...huwaaaa....kalau makan pun sebiji dua je sebab kesian kat dia berbau kan...apelah rasa sebiji dua..ye tak?? baik tak payah makan...lama-lama dah kurang kegilaan mentekedarah durian...=) kalau agak-agak teringin beli kat shopping mall yang dah siap bungkus-bungkus tu..rasa ada cuma feel tu dah lari ke laut...=P

Cuti hujung minggu lepas, eima balik Johor tanpa incik hubby disisi hokeh..=) sakan wooo kitorang makan durian..tu pun sukat-sukat sebab pregnant..kalau idak confirm apek jual durian tu tersengih je tengok eima perabihkan durian dia..=)





Wednesday, June 13, 2012

Promo Raya..Harga Runtuh...

Bulan depan Ramadhan menjelma...bulan berikutnya Syawal pula...mesti korang dah siap sedia baju raya tahun ni kan...Amacam?? buat baju apa tahun ni??? mesti ada yang buat baju kurung, kebaya, kurung moden..macam-macam lagi laaa...Puasa nanti bolehlah pasang badan nak cantik bergaya di pagi raya...Ye ke? ke siang je diet, malam pulak makan tak ingat???

Tapi kali ni korang jangan bimbang sebab kita kan ada Premium Beautiful korset...takde masalah kalau pakai semasa berpuasa sebab boleh mengurangkan rasa lapar...malam pulak makanlah apa yang korang nak makan...kalau korang start pakai sekarang, pagi raya nanti mesti korang glamsss ala-ala retis gitu...bukan setakat kurus je tapi cantik bergaya, bentuk badan lebih menawan....Pakailah apa-apa baju sekalipun, korang tetap akan menjadi tumpuan nanti...

Nak best lagi minum dengan lactolite sebab lactolite ni berfungsi untuk menyingkirkan toksin badan, membantu dalam penghadaman, membantu melegakan sembelit, mengurangkan beban badan...almaklumlah bulan puasa ni nafsu makan sukar nak dikawal...semua nak telan kan...so, buat persediaan dari awal...


Cantik tak ??


Vee memang sangat sexy dengan baju kebaya ketat...Perempuan Melayu Terakhir...


Ada berani???? Gabungan Merah + Hijau untuk tema raya ni????


Sweet kan??? Songket gitu..tambah berseri kalau digandingkan dengan PB korset...lagi menyerlah kan...=)


Kalau ala-ala Rozita Che Wan, memang meletop laa...pakai apa pun cantik....kalau pakai PB korset bolehlah berangan sikit-sikit macam dia..=) ....sebab semestinya breast dan punggung akan ternaik semulajadi..Nak tempah baju sebijik macam ni pun boleh...

PREMIUM BEAUTIFUL KORSET

HARGA BIASA: RM2400-RM2600

HARGA RUNTUH: RM1800



LACTOLITE

HARGA BIASA: RM158

HARGA RUNTUH: RM140

Jangan ketinggalan untuk cantik bergaya dipagi raya...=)


Friday, June 8, 2012

Cinta Suami Isteri

Hanya kami berdua...yes!!! akhirnya berjaya kami dating berdua tanpa ditemani dak tecik itewww...=) ...selepas 2 tahun kami dapat menyemai balik benih-benih cinta itu..ecececececece...Rasa-rasa ada tak pasangan lain yang macam kami?? bila dah ada anak tak pernah lagi keluar berdua...? Macam eima dengan incik somi, inilah kali pertama kami keluar berdua tanpa Humaira jadi bodyguard..Dulu ada jugak incik somi ajak keluar berdua tapi eima tak tahulah eima ni jenis yang tak boleh tinggal anak...24/7 eima mesti ingat kat anak...rasa tak sampai hati nak keluar pergi jalan-jalan, makan-makan, tak bawak si tecik tu...

Tapi eima rasa dah sampai masa eima luangkan sedikit masa untuk incik somi pulak..kesian kat dia kan, lagipun tengok Humaira dah pandai jaga diri, hati eima rasa lega bila tinggalkan dia...susah sebenarnya jadi seorang isteri dan seorang ibu ni...sebelah kanan suami, sebelah kiri anak...nanti bila dah dapat baby baru mana pulak nak letak ek???...;) ....semuanya nak kena beri kasih sayang sama adil..kalau tidak ada pulak yang merajuk karang...hehehehehe....

Tapi kan seronok gak dating berdua-duaan ni...rasa macam baru kawin pulak..uwekkkk...kalau selalu pegang tangan anak, kali ni ada chance pegang tangan berdua, kalau selalu makan sambil suap anak, kali ni makan suap sendiri..=P ...kalau selalu tengok wayang ambil couple seat sebab nak letak anak kat tengah-tengah, tapi kali ni ambil couple seat sebab nak duduk dekat-dekat, leh mesra-mesra...uweeekkkk lagi...=) ...kalau selalu masa tengok wayang sibuk kejar anak, kali ni kami tengok orang lain pulak kejar anak...incik somi pulak cakap, "macam anak kita kan???..." sebenarnya dah terdetik dalam hati eima nak kata macam tu tapi takut spoil mood.... tapi adatlah dah jadi mak dengan bapak kan..begitulah gamaknya...tetap ingat dekat anak...=) ...kalau selalu balik kerja mesti nak sampai rumah awal takut anak tunggu-tunggu, tapi kali ni kami dapat balik malam, yeaahuuuu....=)

Tapi yang tak elok cakap dekat anak, ummi dengan ayah balik lambat sebab ada kerja..hmmm...takkan nak cakap yang ummi dengan ayah pergi tengok wayang..betul tak?? Part yang ni tak tahu nak cakap camne sebab tak elok bohong dengan anak tapi kalau cakap benar takut dia pulak..kang ada yang tarik muncung sepuluh..laaaaa....walaupun dia masih kecil tapi jangan ingat dia tak tahu..=)

Tapi kan, bila sampai rumah tengok anak dah tidur..rasa terkilan jugak..hish...hati ibu ni macam-macam fikirkan...tak sempat nak tanya makan apa harini, tidur berapa kali, lama ke tak? main apa? tak pun dengar dia berceloteh...hmmm...eima siap bisik kat telinga dia tanya macam-macam...hahahahaha....lagipun bila dorang tidur, minda diluar sedar masih aktif, so harap-haraplah dia dengar apa yang eima tanya...tergelak-gelak incik somi tengok gelagat eima...

Mungkin kena selalu biasakan diri keluar berdua, mana tau lepas ni boleh pergi honeymoon ke?? incik somi!!! adakah anda sedang baca entri ini?? hehehehehee....

Thursday, June 7, 2012

Dia dan Solat.....

Umur: 2 tahun 5 bulan usianya tapi keletah dan kata-kata dia macam budak 6 tahun...

Dia banyak menyedarkan kami berdua betapa kasih sayang kami amat bermakna dalam hidupnya. Dia banyak belajar dari apa yang dia nampak pada kami berdua.

Dia suka cakap, " cium sikit" sambil muncungkan bibir..kata-kata yang selalu si ayah lafazkan...
Dia suka cakap," sayang kat dia, i love you" sambil peluk kuat-kuat....selalu ummi yang buat macam tu...
Dia suka cakap, "jangan nangis, peluk mia" bila ummi megalirkan airmata sebab pesan ayah kalau ummi nangis cepat-cepat pujuk...
Dia suka cakap, " ummi, tak yah pergi kerja, ayah pergi kerja," sebab dia tau ummi memang pemalas dan ayah seorang workaholic...

Banyak yang dia buat, banyak yang dia cakap tapi yang betul-betul buat kami sebak bila setiap waktu dia akan mengingatkan waktu solat kami...setiap kali azan, dia akan tutup volume tv, duduk diam sampai ke hujung azan dan terus cakap," Ummi, dah sembahyang??..."Ayah, dah sembahyang?"...Bila ayah dan ummi berjemaah dia akan sahut pengakhir Surah Al-Fatihah dengan sebut Amin!!!!...kuat-kuat....

Tatkala Ummi dah siap-siap lipat sejadah, dia akan tanya, "Ummi, dah baca Quran dah??" Hati ummi sentap anakku...Ummi bentang semula sejadah, ambil Al-Quran dan terus baca....Sejuk perut ummi mengandungkanmu dan harapan ummi semoga berkekalan....Ummi dan Ayah sayang anak kami dengan sepenuh hati, NUR HANA HUMAIRA...




Tuesday, June 5, 2012

Jelly Kelapa Kemaman

Mak Buyung mengidam nak makan Jelly Kelapa..sampai ke Kemaman terus mencari "sidia" sebab 3 tahun lepas mak buyung makan jelly kelapa dekat situ, mak buyung rasa sedap sangat...susah nak jumpa dekat tempat lain...mak buyung beli dalam 4 cawan jek..nak lepaskan gian..nak beli banyak-banyak bawa balik KL takut tak tahan pulak..jauh perjalanan tu...=)

Tadi cubalah jugak search macammana cara nak buat...bahan-bahan semua senang nak cari..kalau buat tak tahulah jadi sama ke tak...hmmm....


Monday, June 4, 2012

Ganu Kite...tak jumpa kedai makan dihari jumaat

Minggu lepas hari Khamis malam kami bertolak dari KL ke Terengganu...kenduri kahwin sepupu belah incik somi berlangsung hari jumaat..macam tak biasa pulak pergi kenduri hari jumaat kan..tapi orang-orang Ganu mesti dah biasa...

Oleh sebab tak biasa dengan jalan, incik somi kata keluar awal laa lepas Isyak dalam pukul 9...jangkaan sampai pukul 2, 3 pagi...tapi meleset sama sekali sebab pukul 6 pagi baru kami sampai...dengan hujan lebat, dengan berhenti rehat berkali-kali, dengan lepak sambil tidur....9 jam jugak laaa perjalanan kami...sakit tulang belakang mak buyung...nasib baik Humaira tidur je sepanjang jalan...sambil pangku Humaira sambil mata melilau kat jalan...konon-konon teman incik somi..tapi lastly terpejam jugak anak mataku yang comel iteww...

Sesampai je destinasi yang dituju iaitu Marang, terus call sepupu mintak hantar ke homestay...


Kalau nampak incik sotong dengan incik udang ni memang confirm dah sampai laa tu...

Kami solat subuh dulu pastu perut dah berbunyi lapar...terus ajak incik somi pergi beli bekfes...incik somi tanya nak beli dekat mana sebab tak biasa dengan kawasan kan..dengan confident je eima cakap cari je tepi jalan mesti ramai yang jual sarapan pagi-pagi ni...sekali tilikan mak nujum tersilap daaaa.....kawasan sekeliling senyap sunyi..tak nampak sorang pun bukak kedai apatah lagi yang bukak payung tepi-tepi jalan...ok, baru tersedar hari jumaat orang cuti...tapi gagahkan jugak drive sampai ke hujung...pastu eima nampak masjid, cakap kat incik somi drive pelan-pelan sebab biasa orang meniaga dekat-dekat dengan masjid...Alhamdulillah, nampak kedai makan bukak dan penuh dengan pakcik berkopiah dan makcik bertelekung...

Bukan main seronok kami..hahahahahhaa..macam jakun kan...pastu eima suruh incik somi jek yang keluar sebab eima tak faham loghat ganu ni...incik somi keluar, beberapa minit dia datang balik..katanya, "Sayang, nasi dagang dengan ikan tongkol nak tak??" Alamak!!!! takde pilihan ke? roti canai ke??? gelak besar incik somi...sebab yang jual nasi lemak, nasi dagang dengan kuih muih jek..nak roti canai balik KL okeyyy....so, sambar je laa nasi lemak 10 bungkus, ayam masak merah 10 ketul sebab nasi lemak takde sambal, timun, ikan bilis semua tu...memang macam tu ke? or kat kedai tu je yang lain macam sikit??? kuih pulak dah siap bungkus 3 ketul sebungkus...ambil laa dalam 4 bungkus..semua sekali RM47....

Rasa dia pada eima ok jek..sebab eima rasa manis dalam ayam masak merah tu...bapak mertua eima kata sedap...tak pedas sangat..okey...tekak masing-masing...=)

Eima perasan yang dorang bukak kedai lepas solat Jumaat...itu pun berapa kerat jek...tak penuh pun sepanjang jalan tu...pengalaman baru buat Eima..dulu pernah gak pergi Terengganu tapi tak pernah berlaku kejadian begini...hahahahahhaa...