Friday, June 8, 2012

Cinta Suami Isteri

Hanya kami berdua...yes!!! akhirnya berjaya kami dating berdua tanpa ditemani dak tecik itewww...=) ...selepas 2 tahun kami dapat menyemai balik benih-benih cinta itu..ecececececece...Rasa-rasa ada tak pasangan lain yang macam kami?? bila dah ada anak tak pernah lagi keluar berdua...? Macam eima dengan incik somi, inilah kali pertama kami keluar berdua tanpa Humaira jadi bodyguard..Dulu ada jugak incik somi ajak keluar berdua tapi eima tak tahulah eima ni jenis yang tak boleh tinggal anak...24/7 eima mesti ingat kat anak...rasa tak sampai hati nak keluar pergi jalan-jalan, makan-makan, tak bawak si tecik tu...

Tapi eima rasa dah sampai masa eima luangkan sedikit masa untuk incik somi pulak..kesian kat dia kan, lagipun tengok Humaira dah pandai jaga diri, hati eima rasa lega bila tinggalkan dia...susah sebenarnya jadi seorang isteri dan seorang ibu ni...sebelah kanan suami, sebelah kiri anak...nanti bila dah dapat baby baru mana pulak nak letak ek???...;) ....semuanya nak kena beri kasih sayang sama adil..kalau tidak ada pulak yang merajuk karang...hehehehehe....

Tapi kan seronok gak dating berdua-duaan ni...rasa macam baru kawin pulak..uwekkkk...kalau selalu pegang tangan anak, kali ni ada chance pegang tangan berdua, kalau selalu makan sambil suap anak, kali ni makan suap sendiri..=P ...kalau selalu tengok wayang ambil couple seat sebab nak letak anak kat tengah-tengah, tapi kali ni ambil couple seat sebab nak duduk dekat-dekat, leh mesra-mesra...uweeekkkk lagi...=) ...kalau selalu masa tengok wayang sibuk kejar anak, kali ni kami tengok orang lain pulak kejar anak...incik somi pulak cakap, "macam anak kita kan???..." sebenarnya dah terdetik dalam hati eima nak kata macam tu tapi takut spoil mood.... tapi adatlah dah jadi mak dengan bapak kan..begitulah gamaknya...tetap ingat dekat anak...=) ...kalau selalu balik kerja mesti nak sampai rumah awal takut anak tunggu-tunggu, tapi kali ni kami dapat balik malam, yeaahuuuu....=)

Tapi yang tak elok cakap dekat anak, ummi dengan ayah balik lambat sebab ada kerja..hmmm...takkan nak cakap yang ummi dengan ayah pergi tengok wayang..betul tak?? Part yang ni tak tahu nak cakap camne sebab tak elok bohong dengan anak tapi kalau cakap benar takut dia pulak..kang ada yang tarik muncung sepuluh..laaaaa....walaupun dia masih kecil tapi jangan ingat dia tak tahu..=)

Tapi kan, bila sampai rumah tengok anak dah tidur..rasa terkilan jugak..hish...hati ibu ni macam-macam fikirkan...tak sempat nak tanya makan apa harini, tidur berapa kali, lama ke tak? main apa? tak pun dengar dia berceloteh...hmmm...eima siap bisik kat telinga dia tanya macam-macam...hahahahaha....lagipun bila dorang tidur, minda diluar sedar masih aktif, so harap-haraplah dia dengar apa yang eima tanya...tergelak-gelak incik somi tengok gelagat eima...

Mungkin kena selalu biasakan diri keluar berdua, mana tau lepas ni boleh pergi honeymoon ke?? incik somi!!! adakah anda sedang baca entri ini?? hehehehehee....

No comments:

Post a Comment