Ekzema...sekali lagi ku ulangi perkataannya...(mood sedih : ( sgt2...)
Hari ini kita cerita mengenai ekzema terutamanya kepada anak-anak kita...
Kenapa ekzema??
sbb semalam doktor kata kemungkinan bb Humaira ada ekzema...ku benci lah perkataan ni..macam serius jek bunyinya...sebenarnya gatal kulit jek, tapi...ada tapi jugak kerana boleh dikatakan serius jika tempat-tempat yang gatal ini menjadi teruk semasa ia "meradang" atau "semarak". Kalau orang dewasa mungkin boleh bertahan daripada kegiatan menggaru tapi bagaimana dengan anak-anak kita yang kecil? kulit mereka yang putih suci dan gebu itu tiba-tiba menjadi merah, kemudian gatal, kemudian digaru dan merebak ke bahagian lain kemudian...kemudian..dan kemudian...tension sungguh diriku bile mengenangnya...
Seminggu lepas Humaira demam panas dan dibekalkan antibiotik dan ubat demam oleh doktor. Selepas 2 hari demamnya belum kebah dan semakin panas sehingga 39. Selama 1 tahun 6 bulan ni, Humaira hanya sekali betul betul demam, semasa chicken pox dulu. Biasanya bila terasa badan panas atau selsema, dia akan menyusu denganku sepanjang malam dan esoknya dia sihat sepeti biasa. Jadi, bila dia kena demam panas, kami amat risau dan kami pergi ke klinik sekali lagi, maka antibiotik ditukar...(nama dia "Augmentin").
Alkisah bermula selepas pertukaran antibiotik....
Kulit muka Humaira bertompok-tompok merah, dan for sure gatal..masa tu ingatkan badan dia panas dan cuaca pun panas, so biarkan sehari..esoknya makin bertambah banyak hingga ke badan. Kami pergi sekali lagi ke klinik yang sama dan doktor kata kemungkinan Humaira alergik antibiotik Augmentin. (antibiotik ini sangat baik tapi mungkin tak sesuai dengan dia)..so doktor suruh stop antibiotik dan ganti dengan ubat lain (ku tak ingat apa nama dia sbb ku hanya fikir muka Humaira jek)
# masa ni merah-merah baru muncul. masa ni Humaira dah baik demam
Ubat baru ni hanya untuk kulit dia kerana demam dia dah baik, cuma nak hilangkan merah-merah dan gatal pada kulit. Nampaknya ubat ni berkesan, gatal-gatal dan merah hampir menjauhkan diri dan kami pulang ke kampungku di Johor...
# dah ok kan muka dia...kalau tengok betul-betul nampak sikit-sikit je la...
Cerita sedih bermula lagi...
Kali ni lagi teruk, bukan hanya merah-merah malah bengkak sekali...kalau seminggu lepas dekat muka tapi minggu ni dia keluar dekat kaki...dan doktor kata mungkin alergi makan dan kemungkinan ekzema.
Aku tengah meng"survey" apa penyebab ekzema ni..apa yang patut / tak patut aku lakukan..update soon...
# ni yang dekat peha dia
# dekat kaki..ermmm...sedih...
# dekat muka kurang sikit berbanding seminggu lepas
# tangan pun teruk gak lah...
Sedihya bila melihat anak kecil sakit..dalam hati berkata biarlah sakit itu kita yang tanggung..serta merta teringat kisah-kisah yang selalu terpampang dalam akhbar, majalah tentang kanak-kanak yang sakit lagi teruk dari ni..Ya Allah, selamatkanlah mereka...
eima, nadia kena exzema masa dia kecik dulu. kat tapak kaki dia penuh dengan bintik2 berair macam gelembung. arwah bapak dia pergi cucuk dengan pin. kjee punyalah mengamuk. kesian sangat. dari kecik dia tak dibenarkan makan ayam. bila dah besar baru dia makan. skrg tapak kaki tak ada tapi pantang sikit kena gigit nyamuk. habis betis2 dia. kesian sangat2. cuba elakkan anak awak makan ayam sebab ayam gatal tau.
ReplyDeletetu la KJee..smlm eima cube2 bg dia makan ayam..terus naik lagi merah..mmmm...sian kat dia..pasni tak tau nak bg makan apa..sume benda rs cam fobia jek...
ReplyDeleteHumaira kalau kena gigit nyamuk sebulan baru hilang bekas dia..tp tak terfikir pun yg dia akan dpt ekzema ni..skang ni kesian kat dia asik kena mkn ubat..badan pun lembik jek..asik nk dgn ummi...