Hanya tinggal beberapa detik saja lagi kita semua akan menyambut bulan ramadhan penuh barakah...
Alhamdullillah tahun ini kita masih lagi bernafas untuk menjalani ibadah puasa dan berniatlah awal2 didalam hati kita supaya puasa kita diterima olehNya dan terhapus segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan samada besar @ kecil, berdoalah supaya kita diberi kesihatan yg baik sepanjang bulan puasa ini supaya mudah untuk kita melakukan ibadah kepadaNya...
Kalau sebut sahaja bulan puasa apa yg terlintas dalam fikiran kita?...
tak payah cerita fikiran orang lain laa..ku cerita apa yg ada dalam fikiranku...perkara standard yg selalu ku fikir...
1. bulan puasa dah dekat, tahun ni baju raya tema ape ekkk? (tengok tu tema ape yang difikir)
2. beli baju raya cepat2 laa..takut takde orang nak jahit nanti...(walhal tak fikir pun takpe sbb baju ready to wear pun ada, tapi gatal nak bertema bagai pastu nak sedondon..ekekekeke)
3. langsir raya kena tempah sebulan awal ni...
4. nak beli bunga baru, pinggan mangkuk baru, tempat kuih baru, alas meja baru (ni untuk masa open house)...
5. perabot rumah pulak??ermm..kalau takde budget sangat tukar karpet pun ok laaa...
6.dapat duit bonus lagi...yahooooooo......
7. kuih raya!!!!! bape jenis nak beli tahun ni??? nak beli untuk mak, mak mertua, diri sendiri....
8. nak gi jalan tuanku abdul rahman...cuci mata tengok2 apa yg boleh ditambah2 nanti...etc..etc....
9. anak pulak...baju raya dia nak beli bape pasang??kasut???aksesori???
10. nanti nak tukar duit cepat2 kat bank..takut duit seringgit2 habis...(siap pesan kat incik hubby kalau pegi bank mintak sampul raya sekali)...
baru fikir pasal puasa..tapi...
11. bestnyerr puasa..mesti banyak makanan kat bazar ramadhan...leh makan ayam golek hari2...
12. lagi best leh balik office awal..dapat permission...
13. lagi lagi best...leh kuruskan badan...kurang godaan makan waktu siang...
Alangkah ruginya pabila anda2 berfikir sepertiku.....dan tahun ni berazam untuk menjadikan bulan puasa ni bulan puasa yg amat bermakna sekali....mari kita kongsikan bersama: (diambil dari blog zikir fikir:persediaan ramadhan)
Pertama, latihan perut.
Kedua, mungkin kita sedang merapatkan diri dengan al-Quran.Kita membuat perancangan, mengira bilangan mukasurat yang akan dibaca setiap hari dan mungkin sedang berlatih untuk melihat sejauh mana maksimumnya stamina kita membaca al-Quran pada satu-satu masa. Targetnya, supaya berhasil mengkhatam sekali atau dua kali ataupun lebih al-Quran pada bulan tersebut.
Seterusnya, mungkin kita sedang berlatih memperbanyakkan zikir kita, supaya kelak apabila ada sahaja masa yang terluang dalam bulan puasa, kita boleh isikan dengan zikrullah. Latihan solat-solat sunat, latihan menginfakkan harta ke tabung masjid, dan banyak lagi.Namun, dalam kita melatih diri kita supaya terbiasa dengan amalan-amalan tersebut pada bulan ramadhan kelak, kadangkala kita terlepas pandang beberapa amalan yang juga perlu untuk kita biasakan diri.
Pertama, latihan mulut.Mulut kita ini kawan-kawan, termasuk diri aku sendiri (astaghfirullah), banyak sangat buat dosa. Bila nampak kenalan kita sedang duduk sembang, entah apa topik yang sedang dibualkan, kita pun turut ikut sama. Dan ketika itu, tidak cukup kita mengikuti perkembangan bicara mereka, kita malah membuka topik baru untuk dibualkan.Tidak cukup dengan kehangatan topik yang kita buka, kita panaskan pula suasana sembang pada ketika itu dengan menceritakan perihal orang lain, membuka aib-aib yang sepatutnya tidak dicerita dan diperkatakan.Kita memakan daging saudara kita sendiri, kawan-kawan.
Maka pada ketika kita sedang menunggu hadirnya bulan ramadhan yang mulia, dalam bulan syaaban ini, mari kita latih mulut kita. Nanti bila dah masuk bulan ramadhan, kita asah lagi latihan kita, dan dengan izin Allah jua, tidaklah kita terlepas kata sepanjang bulan tersebut dan juga pada hari-hari yang mendatang.InsyaAllah.
Seterusnya, latihan menutup aurat.Baik lelaki dan perempuan, kita latih diri kita supaya sentiasa menutup aurat, dalam apa-apa keadaan sekalipun. Kemudian, kita asah lagi sikap itu sepanjang bulan ramadhan kelak, dan insyaAllah dengan izin Allah jua, dengan keberkatan dalam bulan penuh barakah itu, kita mampu kekalkan sehingga masa ajal datang menjemput.
Lagi, latihan pergaulan.Kalau sebelum ini, kadar kerapatan kita tersangat tinggi, terutama sekali antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, apa kata kita berlatih untuk kurangkan kadar tersebut sebelum kehadiran bulan ramadhan kelak.Bukankah kerapatan yang tinggi bagi pasangan ajnabi itu boleh menyebabkan zina hati? Dan apakah kita mahu masa ibadah kita sepanjang bulan ramadhan kelak banyaknya dipenuhi dengan zina hati? Naudzubillahi min dzalik.Dan banyak lagi persiapan yang boleh kita lakukan sebenarnya.
* Renung2 kan dan selamat beramal*
No comments:
Post a Comment