Sunday, February 20, 2011

Anak Dara Ku

Nur Hana Humaira...



Setahun 13 hari da anak Ummi...semalam da amik injection for baby 1 year...Humaira menangis dan bukan kerana sakit cuma kerana malu @ takut...doc kata perkembangan anak Ummi sihat dan normal..yes..alhamdullillah anak Ummi membesar dengan sihat dan sempurna....dan semakin bijak...

Ummi yakin semua ini selain dari pemberian Yang Esa, berkat doa Ummi dan Ayah di iringi bacaan2 surah yg Ummi bacakan untuk Humaira setiap hari, susu Ummi yg mengalir dlm darah Humaira jugak menjadi sebab mengapa anak Ummi sihat, membesar dengan sempurna, menjadi anak yg baik dan mendengar kata, sebenarnya byk lagi pujian yg Ummi ingin katakan tapi cukup la sekadar Ummi bersyukur anak Ummi menjadi apa yg Ummi inginkan...dan semoga berkekalan...

Semalam doc tanya Ummi, "still breastfeed lagi mummy??...Ummi jawab, "yes doc"...chewah,...bangga kan.."u the best la mummy,...good..dan susu u berkhasiat mummy...anak u membesar dengan baik..(hehehehe..kembang kempis hati Ummi tau...)

Memang tak sia-sia lah pengorbanan Ummi dan niat Ummi untuk menyusukan Humaira..perkembangan mental dan fizikal Humaira sangat memberangsangkan..malah lebih cepat dari biasa..Terima kasih Ummi untuk ayah kerana memberi sokongan dan dorongan (juga money RM,RM,RM...untuk beli keperluan penyusuan semasa Ummi bekerja...)

Betapa hebatnya kuasa Tuhan,...amanat yang diberikan kepada setiap ibu di dunia ini untuk menyusukan anak mereka sehingga 2 tahun...

*diberiNya kita anak yg sihat & bijak (Humaira jarang sakit, kalau demam pun lepas susu dengan Ummi semalaman, Humaira dah ok..),
*diberiNya kita anak yg menyayangi kita dengan ikhlas (bagaimana Humaira selalu cium Ummi tanpa Ummi pinta, selalu memeluk Ummi tanpa Ummi suruh, senantiasa mencari Ummi bila Ummi tiada)...

*diberiNya kita kesenangan pada diri kita sendiri (Ummi sihat dan langsing...(dengan kata lain Ummi kurus dan comel cam model..hik),
*tiada bebanan kewangan (kena beli susu formula sebulan 2 kali),
*bebas untuk bersiar2 atau bercuti tanpa perlu membawa beg tambahan (beg susu anak + air panas + botol susu & etc)..yg ni Ummi tersangat la suka kerana Ummi xperlu bersusah payah bawak beg banyak2 dan Ummi boleh bergaya dengan handbag cantik2,
*tidak perlu berjaga malam or makan ati hari2 or bergaduh suami isteri (masing2 malas bangun malam untuk buatkan susu anak),
Owh,,,tersangat banyak kebaikannya puan-puan...selagi xcuba kita tak tau..bile da cuba baru tau bahagianya menjadi seorang ibu dengan anak membesar berkat air susu mu...(ala-ala iklan susu..tapi yang ni iklan susu ibu)...hikhik..hik..











No comments:

Post a Comment