Thursday, September 6, 2012

Terfikir Sejenak

Kagumnyerrrr...seawal pagi eima telah meng'update' entri "terfikir sejenak"....Eima memang selalu terbangun awal dalam jam 2 @ 3 pagi..kadang-kadang jam 4 pagi macam harini...kalau dulu terbangun mesti tarik selimut dan tidur balik tapi bila kita dah ada tanggungjawab, kita akan menjadi lebih prihatin...=) biasalah ibu2...biasanya eima akan tengok anak tidur, lena ke tidak, perhati setiap inci tubuh dia, ada yang luka ke, lebam ke, sebab masa ni lah dia duk diam kan...kadang-kadang gelak sorang-sorang tengok dia tidur...sebagai isteri mithali pulak,,perhati incik suami tidur,,kut la mimpi sebut bukan-bukan ke? teeetttttt....=)

Tapi harini eima terbangun dan terfikir, apakah yang aku nak dalam hidup ni? kan...tetiba jadi seorang yang serius pulak...fikir masa depan...wahahahaha....cukup ke apa yang aku ada sekarang??bersediakah aku menghadapi apa yang terjadi masa depan? Banyak benar persoalannya kan...?

Tapi cuba kita fikir sedalam-dalamnya...adakah setiap hari kita melakukan perkara yang sama jee..takde perubahan...kalau yea, maksudnya adakah kita ingin hidup kita sama warna je sampai kita tua?....takut kan....Kalau kita kata kita selesa dengan hidup kita sekarang....sampai zon mana tahap keselesaan kita tu?? adakah satu hari nanti kita tidak akan diuji oleh tuhan?? Dalam dunia ni Tuhan ciptakan pelbagai warna kehidupan...kita mesti rasai setiap warna itu...yang terang, yang gelap, yang cerah, yang suram....MESTI....


Eima bayangkan eima berada di atas hamparan pelbagai warna...kemudian eima kena lalui setiap warna-warna tersebut, dan warna-warna tesebut adalah warna-warna kehidupan dalam hidup eima...eima akan melangkah kesetiap warna yang terang dan bersinar, bermakna eima inginkan kehidupan yang bahagia..tapi macammana pula dengan warna yang gelap dan suram??Bersedia ke eima nak laluinya..?


Eima suka warna-warna ceria...=)
 

 Alahai...suramnyerrr muka dia...=(

PERSEDIAAN...yea,,, kita kena sentiasa bersedia dan ada persediaan untuk diri kita dalam apa segi sekalipun....PERUBAHAN....kita kena berubah,, kehidupan 10 tahun lalu takkan sama dengan kehidupan kita 10 tahun akan datang,, kalau kita tidak berubah kita akan jadi insan yg ketinggalan...Tapi, jangan lupa untuk BERSYUKUR dengan apa yang kita pernah ada, kita pernah rasa dan jangan salahkan sesiapa andai kita pernah kehilangan sebab semua tu hanya pinjaman tuhan....=)

 

1 comment:

  1. bab masa depan, nur selalu fikir..
    kadang2 smpai terasa letih sebab bfikir..

    ReplyDelete