Tuesday, January 10, 2012

Ada Duit??Nak Bercuti??Pergi Sini....

Chinese New Year dah dekat ni...takde plan nak pegi mana-mana ke?....

Jom pegi sini nak???


Grand Lexis, Port Dickson...best woo..pasal pe ku kata best sebab ku dah 2 kali sampai sini...memula dulu bos bagi pegi free dapat tido kat tingkat bawah, kali ni pegi free gak (incik hubby bayor, kira free la kan..)..kali ni kebetulan kami dapat tingkat atas...


Bilik yang ni berdepan dengan bilik kami...boleh skodeng-skodeng orang mandi woo..hahhahahaha....

Yang sebelah sana tu hotel lah tu... berapa tingkat terlupa pulak nak kira...kitorang ambik chalet atas air, jangan jeles...hik...



Masuk bilik terus terjah swimming pool...whoaaaaa....yang ni walaupun open sikit pool dia tp lagi best dari bilik tingkat bawah..view sangat cantik...





Tuan punya belog mandi dengan anaknya...hehehehehe...nampak tak air tu mcm berombak tapi jangan ingat ada ombak pulak, tu sebab mandi beramai-ramai...(mereka yang lain tidak kelihatan didalam gambar kerana malu-malu kucen).


Katil yang sangat selesa...dah tido macam tak nak bangun tuu..


Si tecikk ni suka habeh berlari dari katil sana ke katil sini... amat selamat bagi mereka yang ada anak-anak kecil seperti ini... 


Pandangan katil dari hadapan..(sila abaikan model kaki katil itu)...diantara katil ini ada anak tangga (lupe nak snap gambo tangga)...



Yang ni waktu malam, kebetulan masa kami pergi dorang tengah celebrate christmas, dapatlah kami tengok bunga api...(tidak kelihatan jugak didalam gambar).




Pool dekat luar...waktu malam nampak romantik dengan lampu-lampu...candle light dinner pun shiokkk...




ini gambo waktu siang, mintak maaf kalau gambo kelihatan sexy..hahahahaha..






Yang ni tempat kanak-kanak..kalau dah nampak gelungsur tu mestilah children area kan..hik,...tapi pool ni memang dijaga hokeh, nak mandi make sure berpakaian yang sesuai, kalau tak confirm kena sound dengan pak guard pool...




Pemandangan waktu pagi, air dah surut, sehari sebelum tu air tengah pasang dan kebetulan hujan, kami duduk tepi tingkap tengok  ketam kecik berenang-renang, ikan yang ku tak tahu nama pun ada...ramai jugaklah yang memancing kat sini...




Nampak tingkap sebelah katil tu??? ha!!! dekat situlah kitorang bersidai tengok anak ketam...






Tu tengok tu, nampak lumut jek...tapi kalau air naik paras dia hampir dekat batu empat segi tu tau...




Last sekali tayang Medan Ikan Bakar, makanan seafood yang lain-lain boleh dikatakan sedap dan segar tapi ikan bakar bukan yang terbaik...kami agak terkilan jugak kerana ingatkan dah nama medan ikan bakar mestilah dapat ikan bakar sedap..tapi komen juri hanya boleh dimakan...(masak pun tak reti nak jadi juri bagai..hampessss...)


Tapi..kan..tapi...makan kat sini murah...kami order untuk 9 orang makan...udang goreng tepung, ikan pari bakar, sotong bakar, kerang bakar, ikan siakap 3 rasa, sayur goreng, tomyam campur, jus tembikai, (rasa macam ada lagi tapi terlupa lah pulak)..semua sekali RM180++ ....bagi ku murah gilessss....ke dia salah kira ek??? peace...;P


Upsss..lupe nak bagitau harga bilik... semalam RM800++ beserta breakfast  2 orang... katil besar 2, ada sofa, dapur, tv, esbok kecik jek tapi bolehlah nak sejukkan air kan, bilik air dia superb (lupe lagi nak amik gambo)...pendek cite, best wooo cuti-cuti dekat sini...

4 comments:

  1. waa cantiknya tempat ni, bila lah ummi nak sampai..

    ReplyDelete
  2. mmg sangat cantik ummi..ada masa datang lah...kalau nak ajak eima ekali pun bole..hehehehe...

    ReplyDelete
  3. bestnyer tempatt.. :)

    dari segmen lady milo. terjah dan follow sini.. :)

    ReplyDelete
  4. Salam Cik Nur,

    Best kan..jom pegi nak?? ;P

    ReplyDelete