Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu.
Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!
Perasan tak kata-kata hikmat pada cover novel tu menjadi blog description ku?...hehehehehe..terpengaruh dengan novel pulak...
Tapi bagi kita-kita yang suka baca novel santai dan tak berapa berat bolehlah baca novel ni..for sure, kita akan tersengih, senyum sengsorang, tergelak dengan keletah hero dan heroinnya...
Yang pastinya ku pun tak habis baca sebab novel ni memang hot dipasaran..kebanyakan MPH dan Popular dah habis dijual...nasiblah kan kalau ada rezeki nanti mesti terjumpa dekat mana2 book store..baru baca sampai episod 30..itu pun dekat sini,.. cubalah tengok-tengok dan jeling-jeling..banyak novel lain lagi ada kat sinun...;) peace
suami yg ku benci sampai bab 25 je kat penulisa2 u tu...email ada link x full novel suami yg kubenci online
ReplyDelete