Wednesday, January 4, 2012

Bersalin Dalam Air..teruja mokcik tau


gambar diambil daripada majalah Pa&Ma

Bersalin dalam air...fuyoooo...canggih manggih sekarang ni...


Sebenarnya water birth ni dah femes dah kat obersea nun..tapi kat Malaysia ni barulah sangat bermula tahun 2008 (info majalah Pa&Ma isu Januari 2012..) itu pun hanya ada 2 hospital jek yang dibenarkan iaitu dekat Island Hosp, Penang dengan Hosp Pantai, KL. Cost nye tak pulak diberitahu tapi kalau yang spesel macam ni mesti berat gak duitnye kan..kan..kan...


Yang bestnyer water birth ni tak perlu pakai ubat-ubatan, hanya menggunakan air semata-mata..aik...cmne tu???


Haaa...!!!! ikut teori ibu yang sarat melahirkan  akan berasa selesa apabila berada didalam kolam berisi air suam...kenapa dulu ku tak tahu ekk?? suhu dia dalam 35-37 darjah celcius. Dan apabila bukaan serviks mencecah 5sm sahaja akan dibenarkan masuk kedalam kolam.


Yang ni buat ku tergelak, sebab katanya apabila kita merasa bosan kerana terlalu lama berada didalam kolam, kita boleh keluar dan bila rasa kontraksi kita boleh masuk balik...macam beranak main2 pulak kan...


Lepas tu suketi kita lah nak buat apa kat dalam kolam tu..nak bertinggung ke, melutut ke..ikut lah keselesaan..dan yang paling, paling, paling menarikk....hahahahaha,,,..banyak paling ko...suami kita pun boleh masuk sekali dalam kolam bagi sokongan. Sambil-sambil tu suami boleh jirus air ke, mengurut ke bagi kita selesa...hakhakhak..feeling good..


Dan yang pasti tak perlu berbogel..cara pemakaian sama macam bersalin normal dan tidak perlu bimbang kerana didalam bilik hanya kita, suami atau ibu atau ibu mertua dan jururawat perempuan..Doktor pula datang sekali sekala bagi melakukan pemeriksaan.


Tapi...ada tapi hokeh...


Pastikan anda benar-benar sihat...kalau ada sakit buah pinggang, darah tinggi, kencing manis atau komplikasi pendarahan, anda tidak digalakkan bersalin didalam air...selain itu, sekiranya sebelum ini bersalin secara caesarean, kedudukan janin songsang dan kehamilan kembar tak dibenarkan jugak bersalin kaedah ini.


Kaedah ini mengurangkan kesakitan sebanyak 70% semasa kontraksi berlaku. So, kalau mampu tak salah mencuba. Kalau tak, bersalin biasa pun ok gak. Pilihan ditangan masing-masing kan..(ayat memujuk diri..;P) ...peace...

Humaira masa 3 bulan - bersalin secara normal plus vakum..hik..umminye lembik..waaa...

No comments:

Post a Comment