Wednesday, March 7, 2012

Hati-hati untuk kurus



PUCHONG: Sebuah pusat kecantikan dikesan menjual produk pelangsingan badan mengandungi racun dibutramine hydrochloride yang boleh menyekat selera makan selain jika diambil berlebihan boleh menyebabkan strok dan serangan jantung.
Kegiatan pusat itu yang beroperasi di Bandar Puteri Puchong, di sini terbongkar selepas sepasukan anggota Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Selangor menyerbu premis berkenaan, sebelum merampas 120,000 kotak produk bernilai RM375,000 itu, kira-kira jam 11 pagi.

Produk yang dijual dengan harga RM300 sekotak itu mendapat sambutan kerana terbukti boleh menurunkan berat badan dalam masa yang singkat.

Cerita lanjut disini : Harian Metro


Jangan mudah terpedaya dengan ubat-ubatan untuk menguruskan badan..lebih-lebih lagi jenis telan atau minum sebab semuanya masuk dalam badan dan menjadi darah daging kita...


Apa kata kita tukar pakai korset pulak...;)

No comments:

Post a Comment