Thursday, March 1, 2012

Meatball vs Cekodok Pisang

Episod lucu di waktu lunch...

Tadi eima pergi makan dengan 2 orang member office, shikin dan nina...konon-konon kami nak makan ringan-ringan, oleh kerana tersangatlah ringan kami pilih Secret Recipe...

Eima order Banana Split with Watermelon Juice, shikin pulak order Crispy Chicken Salad, nina order Banana Cheese Cake...

Nak dijadikan cerita masa waitress datang hantar order kami, dia ada bawak sekali Spaghetti Meatball order untuk meja lain..

Spaghetti and Meatballs

Tetiba si shikin menjerit.." Ape tu dik??? cekodok eh???"

Wakakakakakakaka...eima dengan nina apa lagi ketawa tak ingat dunialah..sampai orang sebelah pun pandang kami...

Waitress tu pun gelak dan cakap "taklah, ni meatball"...

Eima cakap dengan shikin boleh tak jangan buat malu dekat sini..ni datang dari mana ni??? tapi sebenarnya eima pun perasan yang meatball tu dah sebijik macam cekodok pisang...hakhakhakhakhak...

Sebiji macam cekodok Che Mat Gebu

P1260767

Papa Mat...pinjam gambar kejap bole?? =)  Cekodok Papa Mat jauh lebih comel tau...

Rugi eima tak snap gambar tadi...kalau tak mesti boleh jadi bahan bukti...=P

Tapi macam mana meatball tu boleh seiras dengan cekodok pisang ek??? > <

No comments:

Post a Comment